Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Cemerlang dari jurusan kemanusiaan ke dunia teknologi

Oct 22, 2023 | 05:31 AM



Penyumbang tegar dalam program Emosi Digital di Institut Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (IHPC) di bawah naungan A*Star, Cik Nur Atiqah Othman, jurutera kajian kanan, merupakan antara yang tersenarai dalam 100 Wanita Singapura dalam Teknologi (SG100WIT).

Senarai itu merupakan inisiatif Persatuan Komputer Singapura (SCS) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) yang mengiktiraf dan meraikan wanita cemerlang yang telah menyumbang secara ketara kepada komuniti teknologi dan bidang tertentu mereka.

Bagi Cik Atiqah, 32 tahun, beliau mulanya berkecimpung dalam bidang kemanusiaan dan kemudian membuat pilihan menceburi bidang teknologi. Namun, beliau tidak pernah meninggalkan atau lupakan latar belakangnya dalam bidang tersebut dan menyatukan minatnya bersama kerjayanya.

“Sekarang, saya sedang menumpukan perhatian kepada menganalisis data dari media sosial untuk mengkaji kesihatan mental di Singapura.

“Secara tidak langsung, kajian yang sedang saya lakukan ada kena-mengena. Pada mulanya, agak sukar untuk saya pelajari sofwe baru seperti analisis siri masa, pembelajaran mesin dan Python kerana sebelum ini saya tidak pernah mencubanya.

“Tetapi, penyelia yang saya kenali memberitahu bahawa beliau sedang mencari seseorang yang mempunyai latar belakang dalam bidang kemanusiaan. Kerana itu, selepas berfikir dengan baik, saya membuat keputusan mengambil kerja yang memberi saya peluang berada dalam industri teknologi,” jelasnya.

Menurut Cik Atiqah, beliau tidak pernah menyangka akan berada dalam industri teknologi. Namun, jika beliau bukan dalam kerjayanya sekarang, kemungkinan besar beliau bekerja sebagai seorang pengkaji.

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran pun yang saya perlu belajar pengekodan, tetapi saya suka dan semakin mahir dalamnya hari demi hari. Ini antara beberapa perkara yang didedahkan kepada saya semasa kerja. Ia masih lagi mencabar bagi saya tetapi saya beruntung kerana ada rakan sekerja yang sering memberi bantuan dan nasihat,” kata Cik Atiqah.

Sebagai antara 100 orang wanita disenarai, Cik Atiqah berkata ia menjadi bukti bahawa wanita juga berkebolehan, sama seperti kaum lelaki. Bagi beliau, tiada apa yang menjadi penghalang bagi seseorang wanita.

Malah, dalam kumpulan kerjanya sahaja terdapat lebih wanita daripada lelaki.

“Perkara itu cukup memberangsang bagi saya kerana saya lihat secara langsung kebolehan rakan sekerja. 

“Saya juga rasa bahawa landskap wanita dalam bidang teknologi semakin baik.

“Menurut laporan CNA, wanita yang bekerja dalam bidang Stem (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sudah meningkat dari 29.9 peratus pada 2015 kepada 32.4 peratus pada 2020.

“Saya berasa terdapat lebih banyak peluang kerjaya dalam industri teknologi dalam syarikat yang mempromosi atau menyokong kesaksamaan jantina. 

“Saya berpendapat bahawa ia adalah keadaan yang lebih baik untuk wanita sekarang. Pelbagai peluang diberikan kepada wanita termasuk menyertai kursus dalam talian, yang membolehkan lelaki dan wanita bertukar kerjaya kepada bidang teknologi,” kata Cik Atiqah, anak bongsu dalam keluarga dua beradik.

Bagi Cik Atiqah, wanita yang ingin menceburi bidang teknologi tidak harus ada perasaan takut atau cuak pada kebolehan diri sendiri. 

“Jika saya boleh, percayalah, anda juga boleh,” ujar beliau.

Apabila ditanya tentang perasaannya berjaya disenaraikan dalam SGWIT100, Cik Atiqah berkata:

“Sejujurnya, saya tidak sangka akan tersenarai. Rakan lelaki sekerja yang menobatkan saya. Apabila saya sedar bahawa ada wanita Melayu/Muslim lain yang juga tersenarai, ia menjadi lambang pengesahan bagi saya dan saya bersyukur sangat atas peluang yang telah diberi Tuhan.

“Bagi mereka yang sering menyokong saya – ibu bapa, rakan sekerja dan juga kumpulan berlari dan mendaki yang baru saya sertai – saya ingin ucapkan terima kasih. Jika tiada sistem sokongan daripada mereka, maka tiadalah kejayaan dalam kerjaya saya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >