Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Cemerlang walau alih ke pendidikan madrasah selepas PSLE

Jaya jadi antara pelajar terbaik Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dengan meraih enam gred 'A' dalam peperiksaan GCE peringkat 'O'
Feb 03, 2023 | 05:30 AM



LATAR BELAKANGNYA adalah dalam pendidikan sekular tetapi ketika usianya meningkat ke 11 tahun, minat untuk mempelajari ilmu ukhrawi mula berputik.



Sifat ingin tahu itu timbul setelah mendengar ibu bapanya berkongsi tentang pendidikan yang ditawarkan madrasah sepenuh masa.



Perasaan tersebut, didampingi minatnya secara semula jadi terhadap bahasa Arab menguatkan tekad bekas murid Sekolah Rendah Fernvale, Solihin Zainal untuk membuat lonjakan berani bertukar ke aliran madrasah setelah mendapat keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Mujur, beliau berjaya memenuhi hasratnya setelah menempah tempat di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI).



Keputusannya itu tidak pernah dikesali dan kini, empat tahun kemudian, pemuda itu berjaya menjadi antara pelajar terbaik madrasah tersebut dengan meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' dengan memperolehi enam gred 'A'.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) baru-baru ini, Solihin, 16 tahun, berkata:



"Perasaan saya bercampur baur antara gembira dengan terkejut, lebih kepada terkejut."



Manakan tidak, beliau menghidap Covid-19 ketika waktu genting ingin menduduki kertas Bahasa Inggeris, Matematik dan Geografi.



Menceritakan pengalamannya, Solihin berkata beliau amat sedih kerana tidak dapat menduduki kertas-kertas peperiksaan tersebut memandangkan ia merupakan subjek penting.



"Bagaimanapun, saya tetap cuba mengulang kaji pelajaran walaupun sedang sakit Covid-19.



"Memandangkan cuti sakit adalah antara lima dengan tujuh hari, saya mengulang kaji bagi kertas-kertas yang akan datang.



"Saya cuba memberikan usaha yang lebih bagi kertas tersebut," ujar anak sulung dalam dua beradik itu yang sedaya upaya cuba berfikiran positif.



Menurut Solihin, semangat yang beliau raih itu adalah hasil dorongan keluarga, guru-guru dan rakan yang sentiasa mengingatkan beliau agar usah berputus asa.



Ketika ditanya apakah cabaran yang beliau hadapi semasa beralih ke madrasah, Solihin berkata ia khususnya dalam bahasa Arab memandangkan beliau tidak mempunyai sebarang asas dalam bahasa tersebut.



Beliau berkata ia tidak semudah jika dibandingkan bahasa Inggeris atau Melayu. Bagaimanapun beliau tetap mendapati bahawa bahasa itu menarik untuk dipelajari.



Pada masa yang sama, beliau juga perlu menyesuaikan diri dengan sekitaran yang berbeza.



Walaupun cemerlang dalam subjek sekular, Solihin tetap berpegang teguh kepada hasratnya untuk meneruskan pengajian dalam bidang ukhrawi.



Kini, beliau merancang mendapatkan diploma dalam pengajian Islam.



Bercita-cita menjadi pendidik agama dalam bidang akidah, Solihin berkata:



"Bagi saya, jika kepercayaan seorang Muslim adalah betul, segalanya yang menyusuli berkenaan agama akan betul.



"Saya juga mahu menyampaikan agama Islam dan mendekati golongan belia khususnya memandangkan terdapat banyak isu kontemporari yang semakin timbul."



Memberi panduan kepada pelajar lain, Solihin berkata adalah penting untuk mengulang kaji awal, secara konsisten dan bermutu.



"Setiap hari, cuba untuk mengulang kaji sedikit demi sedikit, sehingga tempoh peperiksaan.



"Jadi sewaktu tempoh peperiksaan apabila semua orang sedang tertekan dan cuba menghafal kandungan pelajaran, anda boleh belajar dengan tenang.



"Belajar secara bermutu juga penting. Jika anda belajar selama sejam tetapi anda memberi tumpuan penuh tanpa gangguan, ia lebih berkesan jika dibandingkan dengan dua tiga jam yang penuh dengan gangguan," kongsi beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >