Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Covid Baby' ceria sambut Raya

Lega dah boleh ajak anak beraya

Mereka dilahirkan di puncak pandemik Covid-19 yang melanda dunia yang mengubah 360 darjah kehidupan kita. 'Pandemic babies' atau kanak-kanak yang dilahirkan semasa tahun 2020 mempunyai pengalaman yang jauh berbeza dengan kanak-kanak lain - pelitup sudah menjadi kebiasaan, bercuti juga kebanyakannya di negara sendiri, dan pengalaman beraya berbeza setiap tahun. Sempena Hari Raya tahun ini, BERITA HARIAN (BH) mengikuti empat kanak-kanak yang dilahirkan semasa pandemik dan meninjau perkembangan mereka serta perasaan menyambut Hari Raya 2023 yang lebih meriah.
Apr 22, 2023 | 05:30 AM



SEPERTI ibu bapa baru lain, Encik Firdaus Zahran Zulkifli dan Cik Nurashikin Awath teruja menyambut kelahiran anak sulung mereka, Elliyeen, pada September 2019. Bagaimanapun ia bertukar menjadi kebimbangan apabila Covid-19 mula menular ke negara ini beberapa bulan kemudian.



Oleh kerana tidak banyak yang diketahui tentang virus tersebut ketika itu, kebimbangan utama pasangan itu ialah bagaimana ia akan menjejas bayi mereka yang baru dilahirkan.



Dalam pada itu juga, Cik Nurashikin terpaksa kembali bekerja sebagai kakitangan pentadbiran hospital sebaik sahaja tempoh cuti bersalinnya tamat.



"Elli (nama singkatan Elliyeen) baru berusia kira-kira tiga bulan ketika Covid-19 merebak (pada Disember 2020) di sini, dan dia berusia sekitar enam bulan apabila virus tersebut diisytihar sebagai pandemik.



"Memandangkan saya masih bekerja di sektor penjagaan kesihatan, saya bimbang virus dan pandemik ini akan memberi kesan kepada tugas saya apabila kembali bekerja selepas cuti bersalin," kata Cik Nurashikin, 34 tahun.



Encik Firdaus menambah: "Kami berasa khuatir dan cemas memikirkan kemungkinan jika kami dijangkiti virus itu, dan bagaimana kami perlu menangani simptom Covid-19 ini dan bagaimana kami perlu mengasingkan diri sekiranya salah satu daripada kami dijangkiti.''



Kedua-dua Encik Firdaus dan Cik Nurashikin akur bahawa Covid-19 telah menyukarkan lagi tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.



Memandangkan mereka sudahpun memiliki rumah sendiri pada waktu itu, mereka tidak dapat mengharapkan bantuan dari ibu bapa mereka dan sebaliknya perlu berkongsi tanggungjawab menjaga anak kecil mereka.



"Banyak yang perlu kami pelajari sendiri pada waktu itu dan kami juga harus membuat banyak penyesuaian dari segi tanggungjawab dan menyesuaikan jadual kami agar dapat memenuhi keperluan Elli," ujar Encik Firdaus, 35 tahun.



Meskipun kebanyakan sekatan telah dilonggarkan secara berperingkat, Cik Nurashikin berkata anak mereka itu telah terbiasa dengan langkah-langkah keselamatan Covid-19 seperti memakai pelitup di tempat awam.



"Apabila kami rasakan bahawa Elli tidak perlu memakai pelitup apabila dia ke sekolah atau di luar rumah, dia keliru dan akan bertanya mengapa kita tidak perlu lagi memakai pelitup.



"Dari masa ke masa, dia sendiri akan meminta untuk memakai pelitup setiap kali kami keluar rumah.



"Dan apabila dia tahu dia tidak sihat, dia akan memakai pelitup tanpa teragak-agak," kata Cik Nurshikin.



Hampir tiga tahun sudahpun berlalu, Encik Firdaus dan Cik Nurashikin bersyukur mereka sekeluarga dapat mengharungi tempoh yang sukar itu.



Malah, sepanjang tempoh itu, mereka turut dianugerahkan dengan seorang lagi puteri, Nora Lynn, pada November 2021.



Dengan Singapura kini beralih ke tahap Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) Hijau, kedua-dua Encik Firdaus dan Cik Nurashikin telah membuat rancangan untuk melawat seberapa banyak rumah yang mereka mampu bersama dua puteri mereka untuk Hari Raya.



"Saya mahu anak-anak saya merasakan keriangan dapat berjalan raya beramai-ramai.



"Kami gembira kerana kini kedua anak kami dapat merasakan Hari Raya seperti mana kita sambutnya sebelum pandemik," ujar Encik Firdaus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >