Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cerminan hidup Generasi Merdeka melalui filem pendek

Jan 30, 2019 | 06:25 PM



DALAM usaha mengenang jasa, titik peluh dan pengorbanan Generasi Merdeka, empat filem pendek yang mengisahkan kehidupan generasi itu akan disiarkan di saluran bebas-ke-udara, pawagam dan dalam talian mulai esok (31 Januari).



Bertajuk 'Kisah-Kisah Generasi Merdeka', filem ini akan menonjolkan kehidupan warga Singapura yang lahir pada era '50-an dan bagaimana mereka membesar pada zaman pembentukan Singapura.



Kerjasama antara MM2 Entertainment dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) ini memaparkan tema ketabahan, kesetiaan, keberanian dan sifat keusahawanan, menerusi filem seorang askar, gadis kilang, seorang ibu, dan persekitaran kampung.



Sewaktu berucap di sesi pratonton media hari ini, Ketua Pegawai Kandungan MM2 Entertainment, Encik Ng Say Yong, berkata kisah generasi merdeka itu boleh dijadikan perangsang, inspirasi serta didikan kepada generasi masa kini. 



“Kami sangat berbesar hati dapat memberi penghormatan kepada generasi merdeka yang banyak menyumbang kepada pembangunan Singapura,” tambahnya.



Filem-filem pendek ini ditulis penulis tempatan, Cik Jean Tay, dan diarah Encik Don Aravind, Encik Martin Hong, Ci Priscilla Ang Geck Geck dan Cik Wee Li Lin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >