Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CGH terima 1,000 kek buat kakitangan

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



BADAN-BADAN akar umbi GRC East Coast mengagihkan 1,000 kek kepada kakitangan penjagaan kesihatan barisan depan Hospital Besar Changi (CGH) semalam untuk memberi penghargaan ke atas sumbangan, pengorbanan dan usaha mereka dalam perjuangan menentang Covid-19.



Pengagihan kek itu disertai penasihat akar umbi GRC East Coast - Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat; Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohd Maliki Osman; Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How; Cik Jessica Tan; dan Cik Cheryl Chan.



Kegiatan itu adalah sebahagian daripada daya usaha East Coast Cares, dengan rancangan mengagihkan sekitar 5,000 kek kepada kakitangan CGH dalam semua fungsi, termasuk kejururawatan, karyawan kesihatan bersekutu, perubatan dan operasi, akan dijalankan dalam beberapa hari mendatang.



Kek tersebut diderma oleh Kowloon Club and Bakery Cuisine.



Encik Heng berkata pekerja penjagaan kesihatan CGH dan di seluruh Singapura memainkan peranan penting dalam perjuangan menentang pandemik Covid-19, dan mereka sangat berterima kasih atas komitmen dan kerja keras kakitangan penjagaan kesihatan, terutamanya semasa waktu sukar ini.



"Rakan penasihat dan saya berada di sini untuk mengucapkan terima kasih dan memberi dorongan kepada mereka, dan untuk lebih menghargai cabaran yang mereka hadapi.



"Kami mengucapkan terima kasih kepada Kowloon Club kerana bekerjasama dengan kami," kata beliau.



Ketua Pegawai Eksekutif CGH, Professor Ng Wai Hoe, berkata CGH rasa tersentuh dengan sokongan yang diberikan masyarakat, sambil menambah ia akan terus mendorong mereka untuk berusaha gigih di tengah-tengah keadaan yang sentiasa berubah dan mencabar ini untuk menyediakan penjagaan kepada pesakit mereka.



"Kami menggesa semua untuk bekerjasama dengan kami dan memainkan peranan mereka dengan mendapatkan vaksin jika mereka boleh melakukannya dari segi perubatan, menggunakan pelitup di tempat awam dan menjaga langkah jarak selamat untuk memastikan diri kita dan orang tersayang selamat.



"Bersama, kita akan dapat mengalahkan virus ini dan bangkit lebih kuat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >