Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Changi kini kendali sejuta penumpang setiap minggu

Iswaran: Pembukaan Dewan Keberangkatan Selatan T4 dan T2 bolehkan Changi tampung kenaikan penumpang
Dec 19, 2022 | 05:30 AM



LAPANGAN Terbang Changi kini mengendalikan sekitar sejuta pergerakan penumpang seminggu, atau 75 peratus daripada paras yang dicatat secara purata setiap minggu sebelum pandemik Covid-19.



Berkata demikian semalam, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, menarik perhatian bahawa jumlah itu juga lebih seganda daripada jumlah pergerakan penumpang yang dikendali lapangan terbang tersebut semasa sempadan negara ini dibuka semula kepada mereka yang sudah divaksinasi sepenuhnya April lalu.



"Dengan ramai orang keluar negara sempena musim cuti ini, Lapangan Terbang Changi cukup sibuk.



"Ia kini mengendali hingga 150,000 penumpang sehari, atau sekitar sejuta pergerakan penumpang seminggu," ujarnya menerusi laman Facebook beliau.



Meskipun jumlah penumpang yang dikendali Lapangan Terbang Changi kini meningkat, lapangan terbang itu telah dilengkapi untuk memenuhi permintaan perjalanan udara yang tinggi hujung tahun ini.



Encik Iswaran berkata pembukaan Dewan Keberangkatan Selatan Terminal 4 dan Terminal 2 - masing-masing pada 13 September dan 11 Oktober lalu - telah membolehkan Lapangan Terbang Changi menangani kenaikan jumlah penumpang yang dijangkakan pada hujung tahun ini.



Encik Iswaran berkata pihak berkepentingan dalam sektor penerbangan juga telah mempersiap tenaga kerja mereka untuk menangani kenaikan jumlah penumpang ini, dengan tenaga kerja mereka kini berada di paras 90 peratus berbanding tahap sebelum Covid-19.



"Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat Changi atas kerja keras anda serta dedikasi untuk terus menyediakan pengalaman yang cukup dikenali dengan Changi," ujarnya yang turut mengucapkan selamat kepada mereka yang keluar negara sempena musim cuti ini.



Menurut laman web CAG, mereka telah mengendali 23.6 juta penumpang dalam 10 bulan pertama tahun ini.



Daripada jumlah itu, 3.69 juta orang menggunakan terminal Lapangan Terbang Changi pada Oktober.



Dengan pembukaan bahagian selatan Dewan Keberangkatan Terminal 2 yang baru menjalani kerja ubah elok dibuka Oktober lalu, ini juga bermakna kesemua empat terminal Lapangan Terbang Changi dibuka kepada penumpang buat kali pertama sejak operasi Terminal 2 dan Terminal 4 digantung pada Mei 2020 ekoran jumlah penumpang yang merosot akibat pandemik Covid-19.



Sementara itu, kerja ubah elok bagi sayap utaranya akan diteruskan dan dijadualkan siap menjelang 2024.



Apabila siap nanti, ia dijangka akan meningkatkan keupayaan Terminal 2 daripada 23 juta penumpang setahun kepada 28 juta penumpang setahun.



Jumaat lalu, CAG bersama Ethiopian Airlines mengumumkan bahawa khidmat penerbangan syarikat itu antara Singapura dengan Addis Ababa akan kembali berkhidmat dari Lapangan Terbang Changi pada 25 Mac, selepas digantung sementara akibat Covid-19.



Terdapat empat penerbangan antara Singapura dengan ibu kota Habsyah, Addis Ababa, seminggu, dengan Ethiopian Airlines merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendali laluan tersebut.



Sebelum itu, CAG turut mengumumkan Jetstar Asia (3K) dan Jetstar Airways (JQ) telah mengesahkan mereka akan beroperasi dari Terminal 4 Lapangan Terbang Changi mulai 22 Mac.



Dibuka pada 2017, Terminal 4 merupakan terminal terbaru Lapangan Terbang Changi dan dilengkapi dengan 21 pintu kontak - 17 daripadanya dibina khusus buat pesawat yang tidak lebar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >