HARI IBU
Chuan Jin dan Faishal hargai jasa ibu melalui blog
May 09, 2016 | 05:30 AM
MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Tan Chuan Jin, dan Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, menghargai ibu masing-masing dengan menulis dalam blog.
Encik Tan, melalui blog MSF Conversations, semalam, sempena sambutan Hari Ibu, berkata bahawa isteri dan ibu berhak menerima lebih daripada penghargaan tahunan.