Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Kerjasama rakan industri bawa ilmu kerjaya ke sekolah

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



RAKAN industri akan bekerjasama dengan sekolah untuk mendekati dan mendedahkan pelajar seawal di peringkat sekolah rendah kepada peluang kerjaya dan kemahiran yang diperlukan dalam sektor yang berbeza melalui kerjasama industri-sekolah.



Ini merupakan satu langkah lanjut kepada usaha sedia ada dalam mempersiapkan pelajar melangkahkan kaki ke alam pekerjaan kelak.



Idea ini adalah antara tindakan kolektif yang diambil menyusuli fasa pertama siri pendekatan mengenai pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat yang dilakukan Kementerian Pendidikan (MOE) di bawah tunggak Melengkapi Melakar Hala Tuju Singapura.



Sejak Ogos lalu, MOE telah mendekati lebih 2,000 warga Singapura untuk membincangkan beberapa bidang, seperti mendakap pembelajaran sepanjang hayat untuk merebut peluang baru dan memanfaatkan sepenuhnya potensi; menyokong pelbagai minat, keperluan pembelajaran dan aspirasi pelajar, dan membina masyarakat inklusif untuk pelajar dengan keperluan pendidikan khas dan keluarga mereka.



Mengulas lanjut tentang kerjasama industri-sekolah itu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata kerjasama sedemikian akan membolehkan pengetahuan dan amalan industri dibawa ke sekolah supaya "pelajar tahu apa yang relevan untuk mereka dalam cara yang tepat pada masanya sedang mereka menyediakan pilihan untuk kerjaya masa depan".



Encik Chan menambah beliau berharap banyak syarikat akan terlibat bersama dalam usaha itu dan memberikan ceramah kerjaya yang kerap kepada pelajar untuk membimbing mereka mengenai pilihan kerjaya.



"Kami berharap syarikat akan membuka pintu mereka kepada pelajar kita, dan juga guru kita, dan malah program penempatan kerja untuk guru agar guru boleh berkongsi pengalaman mereka bersama pelajar," kata beliau, yang hadir di satu sesi pendekatan diadakan di Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) semalam.



Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Institut Sumber Manusia Singapura (SHRI) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) akan bekerjasama dengan MOE untuk mempermudahkan kerjasama antara industri dengan sekolah itu, kata kementerian tersebut.



Berbeza dengan program bekerja sambil belajar bagi pelajar institut pengajian tinggi (IHL) yang sedia ada, Encik Chan berkata kerjasama industri-sekolah itu akan menyaksikan syarikat berkolaborasi dengan sekolah menengah dan juga sekolah rendah dan turun padang untuk mengadakan program bagi mendedahkan pelajar kepada amalan industri yang terkini.



Sasarannya adalah bagi setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua syarikat yang bekerjasama dengan mereka untuk berkongsi amalan terbaik dari segi industri, teknologi dan model perniagaan.



Dalam ucapan penutup sesi pendekatan semalam, Encik Chan memberi contoh tentang kisah seorang alumni Sekolah Menengah Changkat Changi yang bekerja di SIA Engineering dan telah kembali ke sekolahnya untuk membangunkan program pembelajaran gunaan dalam aeroangkasa.



Hasilnya, pelajar sekolah itu berpeluang dibimbing jurutera SIA Engineering dan ramai yang kemudiannya membina kerjaya dalam industri aeroangkasa, kata Encik Chan. daripada kerjasama ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >