Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing lawat Jakarta, temu menteri Indonesia

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, akan memulakan lawatannya ke Jakarta, Indonesia hari ini hingga Rabu.



Sebagai Presiden Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Seameo), beliau akan bertemu Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Encik Nadiem Anwar Makarim, serta anggota Kabinet yang lain.



Encik Chan juga akan melawat Pusat Pembelajaran Terbuka Serantau Seameo (Seamolec) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usahanya dalam memajukan pembelajaran terbuka dan pendidikan jarak jauh di Asia Tenggara, serta Universitas Indonesia dengan sesi dialog bersama pelajar.



Ditubuhkan pada 1965, Seameo bertujuan menggalak kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara melalui pendidikan, sains dan budaya.



Singapura menjadi presiden Majlis Seameo pada 2021 bagi tempoh dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >