KETUA pergerakan buruh, Encik Chan Chun Sing, mengadakan lawatan ke depoh bas Loyang dan Marina Bay Sands semalam untuk bertemu dengan pekerja menjelang Tahun Baru Cina.
"Saya telah menemui kapten bas daripada Go-Ahead Singapore yang bekerja tanpa penat lelah dari awal pagi dan bahkan musim perayaan untuk memastikan perjalanan seharian kita selamat atau apabila kita mengunjungi sanak saudara dan teman," ujar Encik Chan, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri.