Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Peranan pendidik dorong generasi muda garap B. Melayu

Nov 05, 2022 | 06:46 PM



KEUPAYAAN pendidik bahasa Melayu mesti berkembang mengikut peredaran masa agar dapat menyesuaikan pendekatan bagi memenuhi keperluan generasi baru pelajar bahasa Melayu yang semakin ramai membesar dalam isi rumah Melayu yang bertutur dalam bahasa Inggeris. 



Dalam ucapannya di majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) hari ini (5 November), Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata pandemik Covid-19 telah memberi banyak peluang kepada guru untuk melangkaui penguasaan mata pelajaran dan melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi baru untuk terus menarik minat pelajar. 



“Peralihan dalam penggunaan bahasa dalam isi rumah Melayu semakin nyata dengan lebih banyak isi rumah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka. Ini menjadi kebimbangan di kalangan pendidik bahasa Melayu kita,” kata Encik Chan.



“Oleh itu, kita perlu menyesuaikan pendekatan kita untuk memenuhi keperluan pelajar bahasa Melayu generasi baru. Keperluan menyuntik keseronokan mempelajari bahasa Melayu akan menjadi penting untuk mengekalkan minat pelajar kita,” tambahnya.



Majlis hari ini diadakan di HomeTeam NS@Khatib dan turut dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Ia kembali diadakan secara fizikal tahun ini setelah dua tahun dijalankan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19.



Seramai lima guru bahasa Melayu menerima anugerah tersebut tahun ini sebagai pengiktirafan bagi sumbangan cemerlang mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >