Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN

Chun Sing: Peranan pendidik dorong generasi muda garap B. Melayu

5 guru terima Anugerah Guru Arif Budiman bagi sumbangan cemerlang dalam pengajaran, pembelajaran bahasa Melayu
Nov 06, 2022 | 05:30 AM



KEUPAYAAN pendidik bahasa Melayu mesti berkembang mengikut peredaran masa agar dapat menyesuaikan pendekatan bagi memenuhi keperluan generasi baru pelajar bahasa Melayu yang semakin ramai membesar dalam isi rumah Melayu yang bertutur dalam bahasa Inggeris.



Dalam ucapannya di majlis penyampaian Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) semalam, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata pandemik Covid-19 telah memberi banyak peluang kepada guru untuk melangkaui penguasaan mata pelajaran dan melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi baru untuk terus menarik minat pelajar.



"Peralihan dalam penggunaan bahasa dalam isi rumah Melayu semakin nyata dengan lebih banyak isi rumah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka. Ini menjadi kebimbangan di kalangan pendidik bahasa Melayu kita," kata Encik Chan.



"Oleh itu, kita perlu menyesuaikan pendekatan kita untuk memenuhi keperluan pelajar bahasa Melayu generasi baru. Keperluan menyuntik keseronokan mempelajari bahasa Melayu akan menjadi penting untuk mengekalkan minat pelajar kita," tambahnya.



Majlis semalam diadakan di HomeTeam NS@Khatib dan turut dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Ia kembali diadakan secara fizikal tahun ini setelah dua tahun dijalankan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19.



Seramai lima guru bahasa Melayu menerima anugerah tersebut tahun ini sebagai pengiktirafan bagi sumbangan cemerlang mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.



Dr Zainaba Omar dari Sekolah Rendah Clementi, Encik Mohamad Firuz Jelaludin dari Sekolah Rendah Anchor Green dan Cik Irmawati Mascom dari Sekolah Menengah Tanglin menerima anugerah tersebut bagi Kategori Teladan.



Cik Nurul Huda Muhammad Yassin dari Sekolah Menengah St Anthony's Canossian dan Cik Nurul Syakinah Sahak dari Sekolah Menengah Peirce pula menerima anugerah itu bagi Kategori Perangsang.



Lima guru itu terpilih daripada enam finalis Agab tahun ini.



Encik Chan berkata penerima Agab itu kini berada di barisan hadapan usaha mengekalkan minat dan menyuntik keseronokan dalam pelajaran bahasa Melayu.



"Memanfaatkan teknologi, mengikuti trend baru di kalangan pelajar dan menjadi contoh pelajar sepanjang hayat, membolehkan penerima-penerima ini untuk menjadi teladan 'Arif' dan 'Budiman', kedua-duanya penting sekali untuk menjadi seorang pendidik yang berkesan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >