Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: RI harus sumbang kepada sistem pendidikan yang bolehkan semua maju bersama

Pemerintah sedang semak kurikulum Kemanusiaan agar lebih tertumpu pada Asia, galak belajar bahasa Asean
RI
May 17, 2023 | 05:30 AM



INSTITUSI Raffles (RI) mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada sistem pendidikan Singapura yang akan membolehkan semua orang maju lebih jauh bersama.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata demikian dalam ucapannya di Ceramah Bicentennial Institusi Raffles pada Selasa kepada 1,100 tetamu, termasuk pelajar RI dan pelbagai sekolah menengah lain, sempena 200 tahun institusi itu diasaskan.



Encik Chan berkata kemampuan RI meneraju model pendidikan inovatif sejak ia menjadi sekolah pemerintah pertama yang menjadi bebas pada 1990, bermakna ia mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi idea yang memandang ke hadapan bagi manfaat pelajar dari sekolah lain.



"Sebagai pelopor, RI telah mengumpul pengalaman kaya dan amalan terbaik. Ia kini perlu membolehkan dan membuka jalan bagi yang lain. Idea berpandangan ke hadapan itu tidak harus memberi manfaat kepada pelajar RI sahaja, sebliknya kepada lebih ramai pelajar di sekolah lain juga.



"RI mempunyai tanggungjawab untuk membawa yang lain bersama, bukan memisahkan diri anda daripada bidang ini," ujar beliau, yang merupakan alumni RI.



Encik Chan mengingatkan pelajar institusi itu tentang prinsip yang membimbing masyarakat Singapura, iaitu tanggungjawab kolektif di mana "mereka yang ada lebih, harus memberi lebih".



Beliau selanjutnya berkata inilah masa bagi orang ramai berinovasi, merebut peluang baru dan mencipta nilai baru memandangkan landskap berubah dengan pesat.



"Walaupun tidak ada orang boleh meramalkan masa depan, kita boleh mendapat kepastian tentang satu perkara: pekerjaan yang bakal diceburi ramai daripada anda dalam 10 tahun akan tidak wujud hari ini.



"Sebab itulah kami sentiasa berusaha melengkapi kamu semua dengan kemahiran serta kecenderungan untuk berjaya dan berkembang maju dalam sekitaran yang tidak menentu dan tidak teratur.



"Dan mempunyai semangat untuk sentiasa mengubah kekangan menjadi peluang daripada soal air kepada tenaga, tanah dan penduduk," katanya.



Menyentuh tentang cabaran di mana dunia semakin berpecah belah, Encik Chan berkata orang ramai perlu membangunkan perspektif dan set kemahiran untuk berhubung dengan orang lain merentas budaya dan latar belakang.



Ini supaya Singapura dapat menjadi jambatan bagi orang lain mendekati rantau ini dan dunia, lantas membuka pintu kepada rangkaian dan peluang bagi semua warga Singapura.



Lantas pelajar dinasihati agar terus menambah pengetahuan dan kemahiran mereka sepanjang hayat. Selain itu, mereka digesa memahami budaya, masyarakat dan negara lain dengan mendalam.



Pemerintah pula sedang menyemak kurikulum Kemanusiaan untuk menjadikan ia lebih tertumpu pada Asia dan Asean dan memanfaatkan lawatan antarabangsa bagi menggalak pembelajaran bahasa Asean dalam kalangan pelajar, tambah Encik Chan.



RI, kata beliau, perlu berhubung dengan rantau dan dunia ini untuk membangunkan satu lagi generasi pelajar yang bukan 'berakar' secara tempatan sahaja, tetapi berfikiran global.



Selanjutnya, Encik Chan berkata sekolah perlu memupuk pemimpin yang mempunyai keberanian dan visi untuk tampil berkhidmat bagi Singapura.



Semua sekolah perlu memupuk keinginan kukuh untuk berkhidmat dalam diri pelajar, menggalak mereka agar menyumbang kembali, dan mengambil tindakan untuk menangani keperluan semasa.



"Memastikan kepimpinan baik buat jangka panjang merupakan satu cabaran yang tiada penghujungnya. Mutu rakyat kita dan perwatakan kepimpinan kita perlu kekal handal, supaya Singapura boleh meraih pencapaian melebihi saiz kita," kata Encik Chan.



Beliau menambah bahawa Singapura perlu membangunkan pemimpin yang akan membuat keputusan demi kepentingan terbaik Singapura dan warga Singapura, yang akan tampil berkhidmat buat negara dan orang lain walaupun berdepan dengan cabaran, serta membolehkan generasi seterusnya melakukan yang lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >