Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cipta kurikulum, pakej latihan bagi pegawai

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



SEWAKTU Staf Sarjan Kanan (SSS) Nur Hafidah Kamarudin berkhidmat sebagai pegawai polis Pasukan Respons Darat, beliau memerhatikan apabila pegawai dikerah mengendali kes pertikaian antara keluarga, ahli keluarga sering meminta agar polis beredar kerana ia merupakan isu peribadi.



Terserah pada pegawai tersendiri terhadap bagaimana mereka mengendali kejadian sebegitu, ada pegawai yang membuat rundingan dan cuba menenangkan keadaan sebaik mungkin dan ada juga yang menghormati permintaan keluarga tersebut.



Namun kejadian seperti itu tidak semestinya berhenti pada tahap itu kerana ada kalanya ia mengganggu ketenteraman orang ramai dan boleh menjadi semakin teruk dan maklumat terperinci diperlukan agar siasatan dapat dilanjutkan oleh polis.



Menurut SSS Hafidah: "Kami harus sentiasa mempunyai beberapa prosedur teras yang perlu dipatuhi yang bukan sahaja memudahkan siasatan untuk dilanjutkan namun juga menunjukkan sikap profesional kami apabila kami turun ke padang untuk mengendalikan kes."



Dengan matlamat itu, SSS Hafidah, yang telah berkhidmat dalam GRF selama lima tahun sementara menjadi jurulatih sambilan, kini merupakan jurulatih sepenuh masa dalam bidang pembangunan latihan dan kurikulum di Cabang Latihan Divisyen 'G' polis.



Menurut ibu tiga anak berusia 35 tahun itu, beliau komited mencipta pakej latihan dan pembelajaran interaktif dan realistik bagi pegawai yang dikerah untuk menjalani latihan sesuai bagi setiap golongan umur pegawai.



Atas sumbangannya itu, SSS Hafidah dinobat sebagai penerima Anugerah Jurulatih Home Team Terbaik (Merit ) semasa majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Latihan Home Team (Trax) semalam - anugerah kedua diberi kepadanya oleh polis atas sumbangannya dalam bidang latihan di polis.



Antara sumbangannya sebagai jurulatih ialah mencipta kaedah latihan yang menggalak penglibatan aktif daripada pelatih menerusi kaedah andradogi atau pendekatan pembelajaran bagi orang dewasa.



Ini dipelajarinya semasa menjalani kursus Sijil Spesialis Pendidikan dan Pembelajaran Orang Dewasa di Pusat Tingkat Kemahiran Profesional Akademi Home Team (Up-scale) yang membolehkannya mencipta pakej latihan dengan memahami demografik pelatih dengan teliti serta merancangkan jadual latihan bagi mereka.



Beliau juga menetapkan kaedah pembelajaran sembilan tahap Robert Gagne dengan bantuan teknologi yang merangkumi cara mendapatkan perhatian pelatih menerusi kaedah menarik seperti video - yang digunakan sebagai latar belakang pakej latihan seperti isu pertikaian rumah tangga misalnya mengadakan kuiz, penilaian dan sesudahnya menggalak pelatih sendiri berkongsi ilmu yang diraih kepada pegawai lain.



"Ada orang yang kata saya spoil market, tapi saya anggap kerja saya sebagai serius dan penting kerana saya bertanggunjawab dalam menajamkan kemahiran pegawai kami yang aktif bertugas di dalam masyarakat," kata pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) berpengalaman lapan tahun itu.



"Sebagai jurulatih juga kami harus rajin meningkatkan kemahiran dan juga mendidik diri terhadap cara terkini dalam pendidikan orang dewasa untuk menyampaikan ilmu kepada mereka dengan berkesan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >