Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ciri baru contoh transformasi SG jadi Bandar dalam Alam

Mar 14, 2021 | 05:30 AM



DUA bangunan yang dipulihara dan sebuah taman permainan bertema merupakan antara ciri-ciri baru yang dibuka di Gallop Extension di Kebun Bunga Singapura semalam.



Ia merupakan sebahagian ciri-ciri baru yang telah diperkenal Lembaga Taman Negara (NParks) di Gallop Extension yang sebesar 8 hektar itu.



Dua bangunan, Atbara dan Inverturret, yang terletak di 5 dan 7 Gallop Road telah diperbaharui dan dijadikan Pusat Penemuan Hutan @ Arboretum OCBC dan Galeri Seni Botani.



Ciri baru lain yang telah diperkenal semalam ialah taman permainan bertema, COMO Adventure Grove.



Melancarkan tiga ciri baru tersebut, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata tanah di sekitar Gallop Extension dahulunya diasingkan bagi tujuan perumahan dan penggunaan lain.



"Namun, pasukan di NParks dan MND (Kementerian Pembangunan Negara) merasakan penting untuk memulihara warisan semula jadi dan budaya kawasan ini yang menempatkan rumah-rumah kolonial serta sisa hutan paya," katanya.



Sementara itu, NParks dalam kenyataannya berkata Gallop Extension adalah contoh transformasi Singapura menjadi Bandar dalam Alam.



Ini kerana ia membolehkan pengunjung di semua peringkat umur bersantai dan bermain di tengah-tengah alam sekitar sambil menghargai seni yang diilhamkan daripada alam semula jadi, serta memperoleh pemahaman tentang hutan-hutan Singapura.



"Ini akan membolehkan kita memupuk pemimpin seterusnya yang akan memastikan Singapura kekal sebagai tempat yang boleh didiami dan dapat dilestarikan bagi generasi ini dan seterusnya," kata kenyataan NParks.



Gallop Extension, tambah NParks, akan mempertingkat peranan warisan Kebun Bunga dalam penyelidikan, pemuliharaan, pendidikan dan riadah.



Atbara yang menempatkan Pusat Penemuan Hutan@Arboretum OCBC merupakan banglo kolonial hitam putih tertua di Singapura yang dibina pada 1898.



Pusat penemuan itu akan memaparkan sistem eko hutan di Singapura dan menekankan kepentingan memulihara sistem eko yang ada.



Ini akan dilakukan melalui pameran interaktif di sana.



Selain menyediakan ruang bagi pendekatan masyarakat, pusat tersebut juga akan menempatkan program Penyelidikan Ekologi Hutan Tropika Kebun Bunga Singapura.



Galeri Seni Botani di Inverturret pula akan mengetengahkan peranan penting seni dalam dokumentasi saintifik tanaman-tanaman di Singapura dan rantau ini, serta bagaimana seni boleh memberi inspirasi kepada penghargaan baru terhadap alam semula jadi di sekeliling kita.



Para pengunjung dapat melihat koleksi lebih 2,000 lukisan dan beratus lakaran serta gambar botani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >