Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN TENAGA MANUSIA

Ciri baru portal MOM bantu pekerja tingkat kerjaya, pelajari kemahiran baru

Ciri 'CareersFinder' yang baru akan diperkenal pada suku ketiga 2023
Mar 02, 2023 | 05:30 AM



PENCARI kerja boleh mendapatkan saranan kemahiran dan pekerjaan khusus buat mereka dalam ciri baru di bawah portal pekerjaan pemerintah, MyCareersFuture, umum Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Ciri 'CareersFinder' atau Pencari Kerjaya, yang baru akan diperkenal pada suku ketiga 2023.



Ia memanfaatkan data pemerintah mengenai kemahiran yang berkaitan dan peralihan pekerjaan dalam pasaran kerja.



Dengan menggunakan maklumat itu, serta data daripada pencari kerja, ia mengenal pasti dan menyenaraikan pekerjaan di MyCareersFuture serta menyarankan kursus MySkillsFuture yang relevan.



Dr Tan menjelaskan: "CareersFinder adalah langkah pertama untuk cuba menyepadukan pihak yang menyarankan pekerjaan dan latihan."



Ini menyusuli maklum balas daripada segelintir pekerja yang lebih suka meneroka pekerjaan dan peluang peningkatan kemahiran pada masa yang sama.



Menurut Dr Tan, CareersFinder akan dilancarkan dalam versi beta, tetapi akan menjadi lebih berkuasa apabila data diterima bertambah dan dirangsang untuk menjadikan ia lebih responsif mengikut keperluan pencari kerja.



Ciri baru itu adalah sebahagian daripada usaha memperkasakan kesihatan kerjaya, kata beliau.



Ini termasuk memastikan individu sedar tentang prospek pekerjaan, mengambil langkah wajar untuk kekal berdaya saing dan bersedia bangkit semula selepas menghadapi cabaran.



Di samping menyokong pekerja meningkatkan kemahiran dan menimba kemahiran baru, Singapura harus membina pasaran kerja yang lebih inklusif dengan laluan kerja untuk minat dan kecenderungan yang berbeza, terang Dr Tan.



Ini termasuk kerja amali, yang secara tradisional, kurang dihargai meskipun memerlukan kemahiran tinggi, seperti yang digariskan oleh Encik Edward Chia (GRC Holland-Bukit Timah) dan Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh (GRC Aljunied).



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) akan bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), untuk mereka semula bidang berkemahiran bagi menawarkan gaji lebih baik, laluan kerjaya serta peningkatan kemahiran yang jelas. Ini di samping cara lain untuk menarik, mengekalkan dan memberi ganjaran kepada pekerja.



Dengan mengubah prospek dan tanggapan mengenai pekerjaan sedemikian serta menawarkan laluan kerjaya yang menarik, jumlah penduduk setempat menyandang peranan ini boleh ditambah menerusi cara yang mapan, kata Dr Tan.



Lebih banyak butiran mengenai inisiatif itu akan dikongsi nanti.



Berhubung pekerja yang bangkit semula daripada cabaran, Panel Masyarakat mengenai daya ketahanan pekerjaan, telah membincangkan isu seperti bagaimana membantu pekerja menganggur supaya kembali bekerja.



Menurut Dr Tan, panel itu akan merumuskan usahanya menjelang akhir Mac.



Sementara itu, Dr Tan mengatakan beliau tidak dapat memberi jaminan sebahagian besar peranan atau pekerjaan dalam teknologi maklumat (IT) akan diberikan kepada warga Singapura dalam masa lima tahun mendatang.



Sebaliknya, pemerintah hanya boleh berusaha meneruskan dan menggiatkan program seperti Tech@SG, yang menggalak syarikat teknologi yang pesat berkembang menggajikan pekerja serta Program Bakat Global, bagi memastikan warga meningkatkan dan menimba kemahiran dalam bidang itu.



Dr Tan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, yang ingin tahu jika rakyat Singapura akan mengisi pekerjaan IT, khususnya dalam peranan lebih tinggi, bagi lima tahun mendatang memandangkan lulusan IT bertambah.



"Saya tidak fikir ada sesiapa yang boleh memberi jaminan bahawa sebahagian besar pekerjaan dalam IT akan diisi warga Singapura dalam jawatan yang tinggi... tetapi kita boleh memberi jaminan untuk memastikan adanya peluang sama rata di setiap peringkat," tekan Dr Tan.




"Jumlah persaraan minimum CPF (Tabung Simpanan Pekerja) harus mengambil kira ruang yang secukupnya untuk kejadian yang tidak dijangkakan pada masa depan, seperti kenaikan harga yang mendadak pada 2022.



Adakah sudah tiba masanya untuk kita menyesuaikan nisbah peruntukan supaya jumlah peratusan lebih tinggi diperuntukkan bagi Akaun Khas dan bukan Akaun Biasa dan Akaun MediSave?



Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



"Saya menghargai pemerintah meningkatkan usaha mereka bagi memastikan pekerja mempunyai jumlah persaraan asas apabila mencapai usia 55 tahun...



Saya ingin meminta pemerintah dan syarikat berkaitan dengan pemerintah serta Temasek yang cemerlang untuk meneruskan sumbangan caruman 17 peratus dan tidak mengurangkannya apabila pekerja mencapai 55 tahun.



Ini akan tentu membantu pekerja dalam simpanan CPF mereka dan menjadikan ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat...



Bagi setiap warga Singapura, kami impikan untuk bersara dengan harga yang mencukupi bagi masa persaraan kita dengan pendapatan dan kesihatan yang baik adalah sesuatu yang serius."



Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab.




INISIATIF BARU MOM



1. Perlindungan pekerja platform



  • Perkukuh perlindungan CPF

  • Kadar caruman CPF diselaras

  • Syarikat perlu sedia pampasan kecederaan kerja

2. Peningkatan Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya (EEC)



  • Imbangi gaji sehingga 20% pendapatan, dihadkan pada $400 setiap pekerja bagi sembilan bulan pertama

  • Bagi warga dan penduduk tetap berusia 13 tahun ke atas bergaji kurang $4,000 sebulan

3. Kredit Peningkatan Pekerjaan (UEC)



  • Skim imbang gaji baru bagi galak majikan ambil bekas pesalah

  • Imbangi gaji sehingga 20% pendapatan, dihadkan pada $600 setiap pekerja bagi sembilan bulan pertama

  • Bagi warga dan penduduk tetap berusia 13 tahun ke atas bergaji kurang $4,000 sebulan, yang dibebas dalam tempoh tiga tahun sebelum tanggal pekerjaan

4. CareersFinder



  • Usul pekerjaan dan kemahiran khusus bagi individu

5. Pengesahan wajib kelayakan pemohon EP



  • Dikenakan kepada permohonan EP baru mulai 1 September 2023, dan bagi permohonan baru mulai 1 September 2024

6. Peningkatan Sokongan Kemahiran Kerja (WSS)



  • Umur kelayakan diturunkan ke 30 tahun

  • Had pendapatan naik ke $2,500 sebulan

  • Peningkatan Kelayakan Penuh (FQ) Anugerah Komitmen Latihan (TCA) kepada $800

  • Pengenalan had Penyata Gaji Tidak Hadir (AP) setiap jam sebanyak $13




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >