Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN

Ciri mesra alam bagi kampus baru Madrasah Al-Arabiah

Mar 10, 2018 | 05:30 AM



REKA bentuk kampus baru Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) telah ditentukan dan bangunan baru di Toa Payoh itu akan mempunyai pelbagai kemudahan untuk pelajar dan reka bentuk berunsurkan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan memulakan pembinaan kampus itu pada separuh tempoh kedua tahun ini dan ia dijadualkan siap menjelang tahun akademik 2020.



Pembangunan kampus baru itu diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di Parlimen kelmarin.



Dalam ucapannya beliau berkata:



''Muis telah memperuntukkan $10 juta bagi projek itu.



''Saya menggesa masyarakat menyokong usaha mengumpul dana bagi madrasah itu supaya kampus itu dapat beroperasi menjelang 2020,'' kata Dr Yaacob.



Kampus MAI akan turut dilengkapkan dengan ciri mesra alam seperti panel suria, taman bertemakan sains serta menggabungkan reka bentuk Islam dan Nusantara.



Akan ada pelbagai kemudahan untuk mempertingkat pengalaman pembelajaran pelajar seperti kemudahan moden, dua makmal sains, sembilan bilik darjah dan dewan serbaguna.



Ketika dihubungi semalam Pengetua MAI, Encik Herman Cher Ma'in, berkata pelancaran pembinaan kampus madrasah itu akan dijadualkan pada 23 Mac ini.



Dr Yaacob dijadual hadir di acara tersebut.



Diminta mengulas lebih lanjut tentang kampus itu, Encik Herman berkata lebih banyak butiran seperti jumlah dana yang telah dikumpulkan sejauh ini bagi membiayai pembinaan bangunan itu akan didedahkan di majlis pelancaran kampus itu.



Anggota Lembaga Gabenor MAI, Ustaz Shaik Hussain Shaik Yacob ketika dihubungi pula melahirkan rasa syukur cita-cita mempertingkat madrasah itu akhirnya terkabul.



Pembangunan kampus baru dengan kemudahan moden akan memberi manfaat kepada generasi pelajar akan datang kata beliau.



''Sejak sekian lama kami merancang dan berusaha meningkatkan imej madrasah supaya ia dapat setanding dengan pencapaian pelajar sekolah aliran nasional.



''Mudah-mudahan dengan adanya kemudahan baru serta sekitaran baru bagi madrasah itu akan mendorong pelajar mempertingkat prestasi mereka,'' ujar Ustaz Shaik Hussain.



Madrasah Al-Arabiah merupakan salah satu madrasah di bawah Sistem Madrasah Bersama. Ia menawarkan pendidikan peringkat menengah dengan program tukikan madrasah tersebut lebih tertumpu pada Islam dan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (iSTEM)



Sebagai contoh, MAI baru-baru ini memperkenalkan khidmat bagi membolehkan ibu bapa pelajar menengah satu melihat kegiatan yang dilalui anak-anak mereka khususnya semasa menjalani program orientasi pelajar baru menerusi video FB 'Live'.



Khidmat itu antara lain bertujuan memaparkan program-program pembangunan yang dijalankan di MAI seperti menerapkan penggunaan teknologi digital dalam aktiviti harian di sekolah demi mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran, di samping mendekati masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >