Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB, Kastam berkas lima orang dalam operasi bersama; rokok, dadah ditemui

Jun 03, 2020 | 02:00 PM



BIRO Narkotik Pusat (CNB) dan Kastam Singapura telah memberkas dua lelaki tempatan berusia 36 dan 47 tahun, serta tiga wanita warga negara asing, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rokok dan dadah.

 

Ketiga-tiga wanita itu berusia 33, 35 dan 38 tahun, diberkas dalam operasi bersama di Jalan Sayang, yang terletak tidak jauh dari stesen MRT Kembangan.



Dalam kenyataan bersamanya, CNB dan Kastam menyatakan telah bertindak pada 30 Mei lalu berdasarkan maklumat yang diterima mereka.



Pegawai Kastam dan CNB telah memasuki unit kediaman di Jalan Sayang dan melihat ada beg coklat di petak belakang dalam sebuah van dengan nombor pendaftaran Singapura yang diletakkan di premis tersebut. 



Hasil pemeriksaan yang dijalankan, para pegawai menemui 900 karton rokok yang belum dibayar cukai dalam beg berwarna coklat. 



Pegawai menggeledah premis tersebut dan menemui 147 karton dan lapan paket rokok lagi yang tidak dibayar cukai di salah satu bilik tidur.



Siasatan menunjukkan seorang lelaki warga Singapura berusia 47 tahun yang tinggal di unit tersebut telah membeli rokok dari seorang lelaki yang tidak dikenali untuk dijual semula. 



Lelaki Singapura berusia 36 tahun pula adalah pemandu van dan telah menghantar rokok yang belum dibayar cukai itu ke premis tersebut. 



Dalam serbuan susulan di tempat tinggal pemandu van, para pegawai menemui 65 karton rokok tanpa cukai yang lain.



Operasi itu membawa kepada penyitaan 1,112 karton dan lapan paket rokok yang belum dibayar cukai. 



Jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masing-masing mencecah sekitar $95,030 dan $7,690. 



Dalam pada itu, kira-kira 19 gram dadah tiruan ‘Ice’, 3 gram bahan sayuran disyaki mengandungi bahan psikoaktif baru, sejumlah kecil ketamin, 36 pil 'Ecstasy' dan pelbagai alat bagi penyalahgunaan dadah juga dijumpai di dalam unit tersebut. 



Van dan wang tunai berjumlah hingga $52,510 juga dirampas.



Siasatan sedang dijalankan.



Dalam kenyataan mereka, CNB dan Kastam menyatakan bahawa membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barang yang belum dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh didenda hingga 40 kali ganda dari jumlah duti dan GST yang dielakkan dan/atau dipenjara sehingga enam tahun. 



Kenderaan yang digunakan dalam pelanggaran kesalahan dan hasil dari penjualan rokok tanpa cukai juga boleh dirampas.



Perdagangan, pembuatan, import, eksport, pemilikan atau penggunaan dadah terkawal merupakan kesalahan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan atau mengelak cukai atau GST boleh menghubungi talian hotline Kastam Singapura di 1800-2330000, e-mel custom_intelligence@customs.gov.sg atau gunakan aplikasi mudah alih Customs @ SG (yang boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play) untuk melaporkan aktiviti haram ini. 



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti dadah disarankan untuk menghubungi talian 24 jam CNB di 1800-3256666 untuk membuat laporan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >