Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB tahan 6 suspek, rampas dadah $85,000 dalam dua operasi

Oct 07, 2022 | 07:45 PM



PEGAWAI Biro Narkotik Pusat (CNB) menahan enam suspek pesalah dadah berusia antara 26 dengan 33 tahun dalam dua operasi antidadah yang dijalankan selama dua hari sejak Khamis (6 Okt).





Kira-kira 2,280 gram (g) ganja, 104g ketamin dan 10 setem lysergic acid diethylamide (LSD), dengan jumlah anggaran nilai jalanan sebanyak $85,000 telah dirampas dalam operasi itu.


Jumlah ganja yang dirampas itu boleh digunakan kira-kira 330 penyalahguna dadah selama seminggu, kata CNB dalam satu kenyataannya pada Jumaat (7 Okt).


Dalam pada itu, pegawai CNB Khamis malam menahan seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun di kawasan Sims Avenue East dan menemui kira-kira 41g ganja pada lelaki itu. Dia  diiringi ke kenderaannya, di mana kira-kira 2,239g ganja dan 10  setem LSD dirampas.


Dalam satu lagi operasi berasingan yang dijalankan pada awal pagi Jumaat, pegawai CNB menahan tiga lelaki warga Singapura, berusia 27, 32 dan 33 tahun, seorang lelaki warga asing, 27 tahun;  dan seorang wanita warga asing, 31 tahun, dalam sebuah unit komersial di daerah Henderson Road.


Kira-kira 104g ketamin telah dirampas daripada unit itu, dan sejumlah kecil ketamin ditemui pada lelaki warga Singapura berusia 32 tahun itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >