Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB tangkap 117, rampas dadah bernilai $19,000

Oct 21, 2022 | 09:02 PM



SERAMAI 117 orang ditangkap dan dadah yang dianggar bernilai sekitar $19,000 dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi dadah serata negara yang berlangsung sepanjang dua minggu dari 10 Oktober hingga Jumaat (21 Okt).


Menerusi kenyataannya pada Jumaat, CNB berkata operasi itu antara lain melibatkan kawasan Buangkok, Bukit Batok dan Clementi.


Semasa operasi itu, CNB berkata mereka merampas 38 gram heroin, 52 gram Ice, 254 gram ganja, 180 gram produk ganja, tiga pokok ganja, 7 gram Bahan Psikoaktif Baru (NPS), 4 gram pil Ecstasy, lima setem LSD (lysergic acid diethylamide) dan sebotol cecair yang disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate).


Pada 15 Oktober lalu, pegawai Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) di bahagian kiriman bungkusan menemui bungkusan berisi lima paket gula-gula yang disyaki mengandungi ganja.


Mereka merujuknya kepada CNB bagi siasatan lanjut.


Dalam operasi susulan yang dijalankan pada hari yang sama, pegawai CNB menangkap seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun dan seorang wanita warga Singapura berusia 23 tahun kerana disyaki terlibat dengan kesalahan dadah di kawasan perumahan privet dekat Lorong Ah Soo. 


CNB turut merampas peralatan dadah dari unit itu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >