Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CNB tangkap 117, rampas dadah bernilai $19,000

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 117 orang ditangkap dan dadah yang dianggar bernilai sekitar $19,000 dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi dadah serata negara yang berlangsung sepanjang dua minggu dari 10 Oktober hingga semalam.



Menerusi kenyataannya semalam, CNB berkata operasi tersebut antara lain melibatkan kawasan Buangkok, Bukit Batok dan Clementi.



Semasa operasi itu, CNB berkata mereka merampas 38 gram heroin, 52 gram Ice, 254 gram ganja, 180 gram produk ganja, tiga pokok ganja, 7 gram Bahan Psikoaktif Baru (NPS), 4 gram pil Ecstasy, lima setem LSD (lysergic acid diethylamide) dan sebotol cecair yang disyaki mengandungi GHB (gamma-hydroxybutyrate).



Pada 15 Oktober lalu, pegawai Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) di bahagian kiriman bungkusan menemui bungkusan berisi lima paket gula-gula yang disyaki mengandungi ganja.



Mereka merujuknya kepada CNB bagi siasatan lanjut.



Dalam operasi susulan yang dijalankan pada hari yang sama, pegawai CNB menangkap seorang lelaki warga Singapura berusia 26 tahun dan seorang wanita warga Singapura berusia 23 tahun kerana disyaki terlibat dengan kesalahan dadah di kawasan perumahan privet dekat Lorong Ah Soo.



CNB turut merampas peralatan dadah dari unit itu.



Pada 19 Oktober lalu, pegawai ICA di bahagian kiriman bungkusan sekali lagi mendapati bungkusan berisi 19 paket gula-gula yang disyaki mengandungi ganja.



Dalam operasi susulan yang dijalankan pada hari yang sama, pegawai CNB menyerbu sebuah unit perumahan dekat Bedok Reservoir Road dan menangkap seorang lelaki warga Singapura berusia 30 tahun kerana disyaki terlibat dengan kesalahan dadah.



Lelaki itu sepatutnya penerima bungkusan tersebut.



Sekitar 96 gram bahan yang dipercayai ganja serta tiga pokok yang dipercayai pokok ganja turut dirampas dari unit itu, selain pelbagai peralatan yang digunakan bagi pokok ganja itu.



Siasatan ke atas semua suspek yang ditangkap sedang dijalankan.



Dalam pada itu, CNB turut menggesa ibu bapa agar memainkan peranan aktif untuk melindungi golongan belia daripada dadah serta mengingatkan anak mereka bahawa mereka tidak harus mengambil atau menerima produk tidak diketahui atau ditawarkan kepada mereka oleh orang yang tidak dikenali.



"Untuk menarik lebih ramai belia mengambil produk ini, dadah seperti ganja dimasukkan ke dalam barang makanan seperti gula-gula... dan dipasarkan secara tidak bertanggungjawab sebagai barang makanan yang tidak berbahaya," ujar CNB.




"Untuk menarik lebih ramai belia mengambil produk ini, dadah seperti ganja dimasukkan ke dalam barang makanan seperti gula-gula... dan dipasarkan secara tidak bertanggungjawab sebagai barang makanan yang tidak berbahaya."
- Biro Narkotik Pusat (CNB) yang menggesa ibu bapa agar turut memainkan peranan aktif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >