Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE bagi kereta kecil lepasi $60,000

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) meningkat untuk semua kategori semalam dalam pelaksanaan pembidaan pertama di bawah kuota baru yang dikurangkan.



Premium untuk kereta kecil sehingga 1,600cc dan 130hp mencecah $60,761, peningkatan 4.9 peratus daripada tender terakhir.



Kali terakhir premium untuk kategori ini melepasi $60,000 adalah pada Jun 2015 lapor The Straits Times.



Dari segi peratusan, pergerakan terbesar ialah kategori untuk kereta yang lebih besar, dengan peningkatan 5 peratus menjadi $86,102.



Peningkatan terbesar seterusnya adalah dalam kategori Terbuka.



Walaupun ada lebih banyak COE yang diperuntukkan untuk kategori ini berbanding tempoh sebelumnya - 180 sijil bulanan, meningkat daripada 145 - premium meningkat 3.7 peratus menjadi $87,000.



COE kenderaan komersial juga melonjak sebanyak 2.3 peratus hingga mencecah $44,001.



COE motosikal turut meningkat, biarpun dengan hanya $10 menjadi $10,010, sekali gus mencatatkan satu lagi rekod tertinggi.



Pembidaan untuk kategori ini awalnya kelihatan tidak begitu aktif - kekal pada nilai minimum $1 sehingga lapan minit terakhir apabila lebih banyak bidaan diterima.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >