Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE ditutup lebih rendah dalam lima kategori

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) merosot merentas kelima-lima kategori apabila tender kedua terakhir untuk tahun ini ditutup petang semalam.



Penurunan terbesar adalah dalam kategori kereta melebihi 1,600cc atau 130bhp dan kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa lebih 110 kilowatt.



Premium untuk COE jenis ini turun sebanyak 7.4 peratus kepada $105,501, daripada $113,881 pada tender sebelumnya.



Harga COE untuk kereta dan EV yang lebih kecil dan kurang berkuasa turun sebanyak 2.3 peratus, daripada $90,589 kepada $88,503.



Harga COE kenderaan komersial turun sedikit sebanyak 0.37 peratus kepada $81,501, di bawah rekod $81,802 yang dicatatkan pada tender terakhir.



Dalam kategori motosikal, premium COE berakhir pada $12,100, turun 3.9 peratus daripada $12,589.



COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk mendaftar sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, berakhir 3.1 peratus lebih murah pada $110,524, turun daripada $114,009.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >