Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE: Harga naik bagi kededua kategori kereta

COE
May 17, 2023 | 10:21 PM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kedua-dua kategori kereta turun, manakala premium kategori Terbuka mencapai paras tertinggi pada $125,000 pada Rabu, dalam tender pertama sejak kuota ditambah disebabkan pelarasan sekali.



Harga COE untuk motosikal juga naik semula selepas jatuh pada tender terakhir dua minggu lalu.



Pada $10,602, ia lebih dua kali ganda harga COE motosikal yang sebanyak $5,002 pada 4 Mei.



Apabila tender ditutup pada 4 petang pada Rabu, 1,438 bidaan telah diterima bagi kuota yang diperuntukkan untuk 571 COE motosikal. 



Ini jauh lebih tinggi daripada 510 hingga 668 bidaan yang didaftarkan pada tender sebelum ini sepanjang 2023.



Harga bagi COE kategori Terbuka sebanyak $125,000 adalah 0.8 peratus lebih tinggi daripada $124,002 yang ditetapkan pada tender sebelumnya. 



Ia memecahkan rekod $124,501 yang ditetapkan pada tender kedua pada April 2023.

Harga COE untuk kereta lebih kecil hingga 1,600cc dan 130bhp, serta untuk kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa hingga 110 kilowatt, tutup pada harga $92,000, turun 8.91 peratus daripada harga sebelumnya sebanyak $101,001.



Bagi kereta lebih besar dan EV lebih berkuasa, harga COE-nya tutup pada $113,034 – turun 5.33 peratus daripada harga $119,399 yang ditetapkan sebelum ini.

Bekalan COE untuk dua kategori kereta menerima rangsangan daripada pelarasan sekali sahaja yang diumumkan di Parlimen pada 8 Mei. 



Bilangan COE untuk kereta lebih kecil dan kuasa lebih rendah dinaikkan sebanyak 24 peratus, manakala kereta lebih besar dan kuasa lebih tinggi melihat penambahan COE sebanyak 15 peratus.



Harga COE bagi kenderaan komersial – yang digunakan untuk van, trak dan lori – tutup pada $77,501, satu peningkatan sebanyak 2.53 peratus daripada harga $75,589 yang dilihat dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >