Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE, inflasi tinggi antara faktor ditimbang sebelum beli kereta

Kenaikan 1% GST mulai 2023 dijangka tidak begitu jejas harga kereta, kata beberapa pemilik firma jual kereta
Dec 29, 2022 | 05:30 AM



KADAR cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan naik 1 peratusan mata mulai tahun depan tidak akan banyak menjejas harga bagi kereta baru dan terpakai, kata para pemain industri.



Namun sekiranya diambil kira keseluruhan kenaikan harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE), kadar faedah yang tinggi, harga minyak yang tidak menentu, serta inflasi dan GST secara bersama, ini sudah pasti akan memberi kesan terhadap kuasa membeli para pengguna kenderaan.



Permintaan yang rendah bagi kereta baru atau terpakai dijangka berlanjutan buat tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata mereka.



Pemilik syarikat kereta Mohamed Taifoor Motoring (MTM), Encik Mohamed Taifoor Mohamed, menganggarkan bahawa kadar 1 peratusan mata GST - dari 7 peratus kepada 8 peratus - mulai tahun depan, akan menjejas kecil harga kereta.



"Tapi bagi pengguna, mereka mengambil kira kadar GST yang naik, ditambah pula dengan premium COE yang terus tinggi, inflasi termasuk harga minyak yang tidak menentu.



"Ini semua akan menentukan kuasa membeli pengguna," katanya.



Justeru Encik Mohamed Taifoor menganggarkan permintaan kereta terpakai atau baru akan terus terjejas - merosot sehingga 2025 - berdasarkan keadaan ekonomi masa kini.



Malah syarikatnya sendiri telah menyaksikan perniagaan bagi kereta baru dan terpakainya merosot antara 50 hingga 60 peratus sejak setahun lalu.



Malah, beliau sudah mula menyaksikan penurunan perniagaannya secara beransur apabila pandemik bermula sekitar dua tahun lalu.



Beliau rasakan ini akan menjejas para peniaga kenderaan jenis import selari (PI), kereta terpakai dan baru.



"Saya tidak terperanjat jika lebih banyak syarikat kereta terpakai dan baru gulung tikar dalam jangka masa terdekat ini," jelasnya.



Sebaliknya, beliau anggarkan permintaan bagi kereta pajakan atau leasing terus meningkat.



Seorang pengguna kereta pajak, Cik Rafidah Anuar, 41 tahun, berkata beliau bercadang memilih alternatif ini memandangkan harga keseluruhan perbelanjaan memiliki kereta dijangka terus meningkat.



Beliau yang memandu kereta pajak Mitsubishi Attrage berkuasa 1.2cc membayar $1,200 sebulan untuk pajakan kereta itu.



Ini tidak termasuk tambahan $400 bagi minyak, tokokan kad tunai dan kos meletak kereta musiman, katanya.



"Namun bila dikira balik, ia lebih rendah berbanding memiliki kereta sendiri.



"Sebabnya saya tidak perlu fikirkan tentang insurans, atau kos menyenggara kereta," jelasnya.



Pemilik firma Gynacarlogist, Encik Mohammad Farehan Hussein, pula berkata buat jangka masa panjang, beliau lihat kemungkinan kebanyakan pemilik kereta tidak akan menjual kereta mereka memandangkan harga COE yang kekal tinggi.



"Kadar GST yang naik 1 peratusan mata tidak banyak menjejas harga kereta, dan bagi saya itu hanya akan menjejas kereta baru.



"Pemilik kereta rasa sekiranya mereka jual kereta yang dimiliki sekarang, mereka mungkin perlu beli yang lain, dan kos yang perlu ditanggung tetap tinggi.



"Yang jadi perbandingan kini ialah kenaikan kos memiliki kereta dengan keselesaan untuk memilikinya," jelasnya.



Encik Farehan menambah bagi pemilik syarikat yang menjual kereta terpakai sepertinya masih boleh kawal sendiri harga kereta yang dijual dan selagi boleh, beliau tidak kenakan kos pemerosesan atau pentadbiran bagi kereta terpakai, sambil menambah permintaan bagi kereta terpakai masih ada meskipun tidak serancak dahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >