Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COE kenderaan komersial capai rekod tertinggi buat kali ketiga 2023

COE C
Mar 08, 2023 | 05:44 PM



HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kenderaan komersial mencapai rekod tertinggi dalam giliran pembidaan terkini yang tamat pada Rabu (8 Mac).



Mencecah $91,101, premium COE bagi kenderaan komersial yang merangkumi van, trak dan lori, adalah 3.8 peratus lebih tinggi daripada harga $87,790 yang direkodkan dua bulan lalu.



Ini merupakan kali ketiga harga COE kategori tersebut mencatatkan rekod tertinggi sejauh ini pada 2023.



Harga tersebut adalah lebih mahal daripada COE bagi kereta kecil.



Dalam latihan pembidaan terkini, premium bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp dan kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa sehingga 110 kilowatt mencatat harga $88,000, naik 1.7 peratus daripada $86,556 pada giliran sebelum ini.



Bagi kereta dan EV lebih besar, harga COE bagi kategori adalah $115,501, naik 0.4 peratus berbanding $115,001 sebelum ini.



Harga COE untuk motosikal juga naik pada Rabu dengan harga $12,390.



Jumlah itu lebih tinggi 1.7 peratus berbanding harga yang dicapai pada giliran pembidaan sebelumnya iaitu $12,189.



Hanya COE kategori terbuka sahaja yang menyaksikan kemerosotan daripada $118,001 sebelum ini kepada $116,000 pada Rabu - turun 1.7 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >