Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Connect @ Changi kini tempatkan pesakit Covid-19

Aug 27, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kemudahan perintis yang sebelum ini digunakan bagi mesyuarat perniagaan antarabangsa di tengah-tengah pandemik telah diubah menjadi kemudahan untuk menempatkan pesakit Covid-19.



Ini sedang Singapura mempertingkatkan usaha persiapan koronavirus ini menjadi endemik di sini.



Menurut laporan akhbar The Straits Times (ST), kemudahan Connect @ Changi difahamkan kini telah bertukar menjadi sebuah kemudahan penjagaan masyarakat.



Kemudahan yang terletak di Dewan 7 dan 8 Singapore Expo, menempatkan pesakit yang positif Covid-19 tetapi mempunyai simptom ringan dan faktor risiko yang lebih rendah.



Pada 6 Ogos lalu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkongsi bahawa kementeriannya sedang dalam perbincangan dengan Connect @ Changi serta kemudahan lain untuk mengubah sebahagian daripada ruang di situ menjadi kemudahan penjagaan masyarakat.



Bercakap pada sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19, Encik Ong berkata sedapat mungkin, pihak berkuasa akan cuba memasukkan pesakit Covid-19 ke kemudahan rawatan masyarakat dan bukannya hospital.



Memandangkan 97.5 peratus individu yang dijangkiti mempunyai simptom ringan atau tidak, kemudahan penjagaan masyarakat akan menjadi tempat yang baik untuk mereka menjalani pemulihan, tambah beliau.



Beliau berkata sekitar 40 peratus individu yang dijangkiti dimasukkan ke kemudahan penjagaan masyarakat, tetapi jumlah itu dijangka meningkat setelah lebih ramai orang mendapat vaksinasi lengkap.



Encik Ong juga pernah berkata pada Julai lalu bahawa jika Covid-19 sememangnya menjadi endemik, ia mungkin menjadi satu perkara biasa untuk melihat jumlah kes meningkat lebih dari 200 kes sehari.



Sejak beberapa bulan yang lalu, MOH telah menambahkan lagi bilangan kemudahan penjagaan masyarakat seperti di Village Hotel Sentosa.



Sehingga akhir bulan lalu, terdapat enam kemudahan penjagaan masyarakat yang dapat menampung lebih dari 5,000 individu.



Ini berbanding dengan hanya tiga kemudahan seperti ini pada Mei. Penambahan kemudahan ini menyusuli peningkatan kes Covid-19, termasuk yang terdapat pada kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) yang menyaksikan lebih dari 100 kes dilaporkan setiap hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >