Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: 11 kait kes awal, 4 tiada kaitan

May 29, 2021 | 05:30 AM

TERDAPAT 15 kes Covid-19 baru dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk empat kes yang buat masa ini tidak berkait dengan kes-kes sebelum ini.

Sebanyak 11 jangkitan dikaitkan dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini, dengan lapan daripadanya sudah dikuarantin terlebih dahulu dan baki tiga kes pula dikesan melalui pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Tiada kes baru di dormitori pekerja migran dilaporkan.

Mengambil kira 15 lagi kes import - yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan lapan antara mereka adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) - secara keseluruhan, terdapat 30 kes baru Covid-19 sehingga 12 tengah hari semalam.

Ia membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kepada 61,970.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3