Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 15 anak kapal warga Filipina yang tiba dari India positif

Aug 16, 2020 | 01:28 AM

SERAMAI 10 kes koronavirus diimport ke Singapura yang disahkan pada Sabtu (15 Ogos) merupakan anak kapal warga Filipina yang memegang pas khas.


Mereka telah tiba di Singapura dari India pada 8 Ogos lalu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya malam Sabtu.


Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataan berasingan berkata kapal berdaftar di Bahamas itu tiba di Singapura untuk menjalani kerja pembaikan dan untuk mengisi minyak.


Dengan 10 kes terbaru itu, ini bermakna sejumlah 15 anak kapal itu telah diuji positif sejak beberapa hari lalu. Kes pertama telah dilaporkan pada 12 Ogos. Kesemuanya warga Filipina.


Kesemua kru tidak turun dari kapal itu, dan ujian swab telah dijalankan di atas kapal, kata MPA.


Kru yang diuji positif itu telah dihantar ambulans terus ke hospital, dan yang lain masih dikuarantin di atas kapal.


10 kes terbaru itu merupakan antara 16 kes import yang diumumkan MOH pada Sabtu (15 Ogos).


Enam lagi kes diimport merangkumi tiga pemegang pas tanggungan yang tiba dari India pada 31 Julai dan Afrika Selatan pada 29 Julai, dan lagi tiga kes merupakan pemegang pas kerja atau permit kerja yang tiba dari Bangladesh pada 1 Ogos dan Filipina pada 2 Ogos.

Sementara itu, seorang teknisyen lelaki Filipina berusia 48 tahun yang memegang pas kerja Singapura, dan telah menaiki kapal terjejas antara 8 Ogos dan 12 Ogos untuk menjalankan kerja pembaikan dan penyenggaraan, juga didapati positif. Ini merupakan antara tiga kes masyarakat yang dilaporkan pada hari Sabtu.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >