Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 2 kes import, tiada dalam masyarakat

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



LAGI dua kes koronavirus dilaporkan di Singapura sehingga 12 tengah hari semalam, menjadikan kes koronavirus itu di sini berjumlah 58,230.



Keduanya kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di sini, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Tiada kes baru di kalangan masyarakat atau dormitori pekerja asing.



Kelmarin, MOH mengumumkan seorang pekerja pembersihan yang bekerja di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi Terminal 3 diuji positif virus Covid-19.



Pesakit itu adalah satu-satunya kes dalam masyarakat yang dilaporkan kelmarin.



Wanita itu berusia 66 tahun dan tinggal di Yishun bersama suami, yang tidak bekerja.



Beliau itu tidak menunjukkan simptom dan penyakit itu dikesan apabila beliau menjalani ujian rutin berjadual (RRT) setiap dua minggu bagi pekerja barisan hadapan.



Pesakit dibawa ke hospital dan hasil ujiannya kembali positif.



Namun hasil ujian serologi negatif, menandakan ia jangkitan yang baru, kata MOH.



Menurut MOH, pesakit juga mengenakan alat pelindung diri (PPE), termasuk pelitup dan pelindung muka, sarung tangan dan gaun, dan ujian swab RRT sebelum ini semuanya negatif.



Siasatan epidemiologi masih dijalankan.



Semua kontak rapat serta keluarga dan rakan kerja, telah diasingkan dan dikenakan kuarantin, dan mereka akan diuji pada permulaan dan penghujung tempoh kuarantin.



Satu lagi kes yang dilaporkan kelmarin ialah pesakit di dormitori pekerja asing, kes pertama dikesan setelah 20 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >