Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 216 kes setempat, 109 kes tiada kaitan

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 216 kes baru Co- vid-19 dalam masyarakat dilaporkan sehingga tengah hari semalam.



Daripada kes baru, sebanyak 56 mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini dan telah pun dikuarantin, sementara lagi 51 kes yang mempunyai kaitan dikesan menerusi pemantauan.



Sebanyak 109 kes lain tiada kaitan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam kalangan kes itu merupakan dua warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksin sepenuhnya dan mempunyai risiko menghidapi penyakit serius.



Terdapat juga tiga kes import yang dikesan dan diletakkan di bawah notis jangan keluar rumah atau diasingkan setibanya di Singapura.



Dua kes dikesan setibanya di Singapura, sementara satu lagi menghidap penyakit itu sewaktu dalam pengasingan atau menjalani notis jangan keluar rumah.



Secara keseluruhan, sebanyak 219 kes baru Covid-19 dilaporkan di Singapura semalam, membawa jumlah keseluruhan kepada 68, 210.



Mengulas tentang situasi terkini, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, kes yang meningkat itu dapat dijangkakan sedang Singapura mengambil langkah untuk melonggar sekatan.



"Dengan kadar vaksinasi yang tinggi sekarang, kami memilih untuk hidup dengan Covid-19 dan beralih menjadi negara yang berdaya tahan terhadap Covid. Menyedari perkara ini, kini tepat pada masanya MOH menyemak laporan harian kami.



"Sedang kami tidak mengejar setiap kes, bilangan kes tidak berkait mungkin tidak relevan seperti sebelum ini.



"Sebaliknya orang awam ingin tahu mengenai kelompok baru, agar mereka boleh mengelak tempat tertentu dan boleh mengawal kegiatan mereka," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >