Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes jangkitan dikesan di 3 lagi pasar dan pusat makanan, 4 pusat KTV

Jul 19, 2021 | 01:05 AM



KES jangkitan Covid-19 baru telah dikenal pasti dalam kalangan penjual ikan yang bertugas di Pasar dan Pusat Makanan Dimasak Haig Road, Jurong Central Plaza dan Shunfu Mart, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (19 Julai).



Dalam satu kenyataannya, MOH berkata: "Kami sedang memantau rapi keadaan ini dan mengambil tindakan segera bagi mengekang dan mengurus kes ini, termasuk proses menjejak kontak, kuarantin dan menjalankan ujian agresif."



MOH juga menambah siasatannya menunjukkan jangkitan virus turut dikesan di empat lagi kelab KTV iaitu Maze Club di 2, Aliwal Street, China Doll di 1, Sophia Road, Club Myth di 1, Coleman Street dan Martell W KTV Chivas di 6, Foch Road.



MOH berkata: "Semua pengunjung ke premis yang terjejas dinasihati agar memantau keadaan kesihatan mereka secara rapi dan mengurangkan interaksi sosial seberapa yang boleh, bagi tempoh 14 hari dari tarikh kunjungan atau interaksi. Mereka digalakkan untuk bertemu doktor segera jika terasa tidak sihat."



Kementerian ini juga menasihati pengunjung pasar dan pusat makanan agar mengelakkan kesesakan dan membeli barangan pasar di luar waktu sibuk atau di pasar raya dan secara tegas memerhatikan langkah pengurusan selamat.



Singapura melaporkan sejumlah 92 kes Covid-19 baru pada Ahad, termasuk 88 kes masyarakat dan empat kes import.



Kes masyarakat ini termasuk 25 kes baru yang berkaitan dengan kelompok KTV yang kini mempunyai 173 kes dan 42 kes baru yang berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong. Kelompok di pelabuhan kini mempunyai 63 kes.



Secara menyeluruh, jumlah kes baru dalam kalangan masyarakat telah bertambah dari 17 kes dua minggu lalu kepada 325 kes minggu lalu.



MOH berkata kemungkinan angka kes akan bertambah dalam masa beberapa hari mendatang sedang ia berusaha mempertingkat usaha mengesan kes baru dan mengekangkangnya dari menular dalam masyarakat.



Bilangan kes tiada kaitan dalam masyarakat juga telah bertambah dari lapan kes dua minggu lalu kepada 31 kes minggu lalu.



Dalam pada itu, terdapat peningkatan bilangan pesakit Covid-19 muda yang memerlukan sokongan oksigen.



Dalam kalangan 12 kes yang memerlukan sokongan oksigen pada Ahad, lima pesakit berusia antara lapan hingga 11 tahun.



Sebelum ini, tiada pesakit dalam peringkat usia sebegitu memerlukan bantuan oksigen bagi tempoh sebulan lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >