SEBANYAK 332 kes Covid-19 baru dilaporkan pada tengah hari Selasa (7 September), kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Ini termasuk 328 jangkitan dalam masyarakat, dengan 185 kes yang tidak berkait.
Lagi 91 kes dikaitkan dengan kes terdahulu dan telah dikuarantin, manakala 52 kes berkait dikesan melalui pemantauan, kata MOH.
Empat daripada mereka adalah warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang belum divaksin atau baru menerima satu dos vaksin dan berisiko mendapat penyakit serius, tambahnya.
Terdapat juga empat kes yang diimport. Dua daripada mereka dikesan sebaik tiba di Singapura dan dua lagi menghidap penyakit itu ketika diasingkan atau menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Jumlah kes di Singapura kini 69,233.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
27
0
Covid-19: 328 kes baru dalam masyarakat, termasuk 185 kes yang tidak berkait
Sep 07, 2021 | 07:26 PM