Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 8 daripada 9 kes import baru adalah pembantu rumah asing

Feb 13, 2021 | 10:17 PM



LAPAN daripada sembilan kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikesan pada Sabtu (13 Februari) adalah pembantu rumah asing yang tiba ke Singapura dari India, Indonesia dan Myanmar, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya.



Baki satu kes pula merupakan pemegang pas kerja dari Russia. 



Tiada kes dormitori atau masyarakat dikesan.



Secara keseluruhan, bilangan kes baru dalam masyarakat telah meningkat dari satu kes pada minggu sebelumnya kepada lapan kes pada minggu lalu. Bilangan kes yang tiada kaitan dalam masyarakat juga bertambah dari satu kes kepada lima kes minggu lalu.



MOH akan terus memantau bilangan kes di samping kes yang dikesan menerusi program pemantauan.



Sebanyak 35 kes pula dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Ini menjadikan jumlah yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan ini dan dibenarkan pulang mencecah 59,604 orang.



Terdapat 34 kes masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Satu kes bagaimanapun berada dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sementara itu, beberapa tempat awam dikenal pasti MOH sebagai tergolong dalam senarai tempat di Singapura yang dikunjungi kes Covid-19.



Tempat-tempat ini termasuk Dewan 1, pawagam Golden Village Yishun; kedai ValuDollar di White Sands; restoran Pizza Hut di Sun Plaza; Bukit Panjang Plaza; City Square Mall dan restoran Swensen's di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >