Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 akan jejas gaji lebih daripada pekerjaan; sektor runcit, F&B, rekreasi paling berisiko diberhenti kerja: MAS

Apr 28, 2020 | 02:52 PM

GAJI mungkin terjejas lebih teruk berbanding pekerjaan di tengah-tengah wabak Covid-19, walaupun pekerja di sektor perdagangan runcit, makanan dan minuman, serta rekreasi paling berisiko diberhenti kerja, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada hari ini.


Permintaan tenaga kerja akan menurun dengan ketara merentas kebanyakan sektor ekonomi sedang keseluruhan aktiviti turun, dan pekerjaan akan paling banyak terjejas dalam industri yang telah dihentikan akibat wabak koronavirus itu, kata bank pusat tersebut dalam semakan makroekonomi terbarunya.


Industri perkhidmatan berkaitan perjalanan (travel-related) dan yang berdepan dengan pelanggan seperti penginapan dan perdagangan runcit, serta pengangkutan udara dan darat, paling banyak terjejas oleh wabak tersebut.


Pekerjaan dalam industri itu, yang secara kolektif menggajikan hampir seperlima tenaga kerja Singapura, telah  pun melihat pertumbuhan lemah sebelum wabak tersebut, kata MAS.

Merentas seluruh ekonomi, syarikat mungkin mengurangkan kos tenaga kerja melalui gabungan pengurangan gaji dan jumlah pekerja sedang pendapatan menyusut, katanya.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >