Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: Beberapa bengkel kenderaan diarah ditutup

Apr 28, 2020 | 09:35 AM

BUKAN kedai gunting rambut dan minuman ‘bubble tea’ sahaja yang terjejas akibat langkah yang dipertingkat untuk membendung penularan Covid-19 di Singapura.

Bahkan, beberapa bengkel kenderaan turut diberi notis sehingga 48 jam untuk tutup.

Ini termasuk bengkel yang sebelum ini mendapat kebenaran untuk terus buka, lapor akhbar The Straits Times.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) menarik perhatian peraturan baru yang membatalkan kebenaran yang diberi sebelum ini kepada bengkel kenderaan untuk terus beroperasi bagi kerja pembaikan kecemasan dan servis kenderaan yang digunakan bagi perkhidmatan penting.

Menurut MTI, langkah itu berdasarkan keputusan mengurangkan pergerakan orang ramai untuk mencegah penularan koronavirus itu.

Namun difahamkan, sesetengah bengkel diizinkan terus beroperasi.

Ketua eksekutif Inchcape Singapore and Greater China, Cik Jasmmine Wong, berkata operasi Suzuki dan Toyota syarikat itu tidak terjejas dengan peraturan tersebut.

“Setiap kerja yang kami lakukan, kami dapatkan pengesahan bahawa ia diluluskan sebelum meneruskannya,” ujarnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3