Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 beri peluang pada masyarakat Muslim fikir semula pendekatan dalam beragama

May 03, 2022 | 12:43 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pandemik Covid-19 telah memberi masyarakat Muslim peluang untuk memikirkan semula pendekatan dalam menjalankan kehidupan beragama.



Ini termasuk membuat tempahan bagi solat Jumaat serta sesi solat Hari Raya.



Beliau berkata masyarakat telah tiba di kedudukan ini atas sebab sifat empati dan menyayangi antara satu sama lain selain disiplin diri yang diterap semasa melalui krisi Covid-19, untuk melindungi diri satu sama lain.



Menyatakan demikian semasa ditemui media selepas solat Hari Raya kedua di Masjid Al-Islah yang dihadirinya semalam, Encik Masagos berkata:



“Sepanjang dua tahun kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai.



“Malah pada satu waktu, dua tahun lalu, kita tidak dapat bersolat Hari Raya.



“Tapi kini berkat kerjasama disiplin dan empati yang dipaparkan, kita sampai di satu tahap di mana kita dapat solat berjemaah, dan beraya sama, termasuk kunjung mengunjung antara satu sama lain.



“Ini pasti meriah, tapi kita masih dalam suasana pandemik, meskipun hampir semua sekatan ditarik balik, namun kita perlu berjaga-jaga agar kelestarian dan kebajikan semua terpelihara.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >