Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Budak perempuan satu tahun antara 9 kes import baru S'pura

Feb 15, 2021 | 10:48 PM




KES Covid-19 baru yang disahkan pada Isnin (15 Feb) termasuk satu penduduk tetap (PR) Singapura yang pulang dari India dan satu pemegang pas tanggungan yang tiba dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).




Turut dilaporkan ialah satu kes melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari UAE, dua pemegang permit kerja dari Bangladesh dan Indonesia, dan empat pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India dan Nigeria.



Seorang pemegang pas lawatan jangka pendek itu kanak-kanak perempuan berusia satu tahun warga India yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara tersebut. 



Secara keseluruhan sembilan kes baru disahkan pada Isnin, dengan kesemuanya merupakan kes yang diimport.


Sementara itu, lagi 20 pesakit telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.


Secara keseluruhan, 59,641 pesakit telah sembuh daripada jangkitan Covid-19.


Lagi 36 kes masih dirawat di hospital dengan seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit jagaan rapi.


Seramai 103 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Seramai 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19 sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >