Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di SG: 14 maut, 3,174 kes baru

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 14 orang yang berusia antara 60 dan 93 tahun mati akibat komplikasi Covid-19, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 di Singapura kepada 329 orang.



Terdapat 3,174 kes baharu Covid-19 secara keseluruhan - 2,843 merupakan jangkitan baru dalam masyarakat, 322 di dormitori pekerja migran dan sembilan kes import, kata MOH.



MOH berkata kadar penularan jangkitan mingguan adalah pada 1.18.



Kes jangkitan dalam masyarakat termasuk 457 warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.



Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kini 175,818 kes.



MOH menambah bahawa 261 pesakit kini memerlukan suplemen oksigen di wad hospital, manakala 107 tidak stabil dan di bawah pemantauan rapi di unit rawatan rapi (ICU).



64 orang lagi dalam keadaan kritikal dan dimasukkan ke dalam ICU.



Kadar penggunaan keseluruhan ICU kini ialah 83.6 peratus, tambah MOH.



Daripada sekitar 366 katil ICU, 171 kini digunakan untuk pesakit Covid-19 manakala 135 digunakan oleh mereka yang mempunyai penyakit lain.



Terdapat 60 katil kosong, merosot daripada 75 Ahad lalu.



Dalam perkembangan terkini mengenai kelompok besar yang dipantau, MOH berkata terdapat lapan kes baharu yang ditambah kepada kelompok di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Terdapat 116 orang yang dikaitkan dengan kelompok itu.



Daripada jumlah itu, lapan adalah kakitangan manakala 108 adalah penghuni, kata MOH.



Kebanyakan kes adalah dari tiga blok IMH - Blok 4, Blok 5 dan Blok 6.



Kes-kes itu dikesan daripada ujian pengawasan hospital untuk pesakit atau dikesan kerana mereka mengalami gejala pernafasan semasa penginapan mereka.



Sehingga Isnin, terdapat 18,279 pesakit yang menjalani pemulihan di rumah, 4,626 di kemudahan penjagaan masyarakat dan 952 di kemudahan rawatan Covid-19. Terdapat 1,779 pesakit di hospital.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >