Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 12,632 kes baru; 1,375 pesakit di hospital

Mar 12, 2022 | 10:58 PM



KES jangkitan Covid-19 baru dan jumlah pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital secara harian di Singapura merosot angkanya sekali lagi, dengan 12,632 kes baru dilaporkan dan 1,375 kes yang dimasukkan ke hospital dicatat pada Sabtu (12 Mac).



Menjelaskan demikian di lamannya, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata jumlah itu berbanding 15,345 jangkitan baru yang dilaporkan dan 1,396 kes yang dirawat di hospital pada Jumaat.



Angka pada Sabtu juga lebih rendah berbanding Sabtu lalu apabila MOH melaporkan 16,274 kes Covid-19 baru.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 kekal di bawah satu pada paras 0.89 pada Sabtu.



Ini adalah hari ke-11 berturut-turut di mana kadar jangkitan mingguan merosot di bawah satu sejak 2 Mac.



Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 mingguan baru kian meningkat.



Dalam pada itu, sebanyak 10 kes kematian berpunca daripada kesulitan Covid-19 dilaporkan pada Sabtu, turun daripada 13 kes pada Jumaat.



Terdapat 37 pesakit yang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) manakala 160 kes pula memerlukan sokongan oksigen.



Daripada kes tempatan ini, 10,347 kes dikesan menerusi ujian pantas antigen (ART), yang bermaksud mereka dinilai doktor mempunyai tanda ringan jangkitan dan berisiko rendah.



Lagi 2,173 kes pula dikenal pasti menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR).



Terdapat 112 kes import baru, dengan 37 kes dikesan menerusi ujian PCR manakala 75 kes pula dikenal pasti melalui ART.



Sehingga Sabtu, Singapura melaporkan sejumlah 929,735 kes Covid-19 dan 1,139 kematian.



Sekitar 95 peratus penduduk yang layak pula sudah lengkap divaksin manakala 69 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >