Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Hospital Besar Sengkang ambil langkah berjaga-jaga tambahan selepas 1 staf diuji positif

May 26, 2021 | 11:50 AM



Rakan kerja jurukemas di Hospital Besar Sengkang (SKH) kini dikenakan kuarantin, selepas lelaki berusia 27 tahun itu diuji positif bagi Covid-19 pada Isnin lalu.





Lelaki itu tidak bertemu pesakit koronavirus sebelum ini dan juga telah mematuhi langkah berjaga-jaga seperti memakai peralatan perlindungan peribadi semasa berada di tempat kerja, kata hospital itu.



Menambah, hospital itu berkata usaha jejak kontak dan pengujian swab bagi tujuan pengawasan sedang dijalankan. Langkah tambahan, seperti usaha membasmi kuman yang dipergiat di kawasan yang sewajarnya, juga telah dilakukan untuk mengurani risiko jangkitan.



 Lelaki itu kali terakhir bertugas pada Sabtu lalu dan mengalami simptom pada malam Ahad. Beliau pergi ke polikilinik pada Isnin, di mana beliau diuji bagi Covid-19.



“Kami terus berada dalam keadaan berjaga-jaga yang dipertingkat untuk melindungi pesakit, keluarga mereka dan kakitangan kami,” kata SKH.



“Ini termasuk memakai pelitup, mengamalkan kebersihan tangan yang sewajarnya dan mematuhi semua langkah jarak selamat.”



Hospital tersebut juga telah menekankan lagi peri penting usaha mengawal jangkitan, mematuhi langkah keselamatan dan bersikap bertanggungjawab apabila jatuh sakit dalam pos di Facebook.





Dalam kenyataan berasingan, Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) dan Hospital Masyarakat Jurong, yang berkongsi kampus yang sama di Jurong, berkata ia akan menjalankan pengujian swab kedua bagi semua kakitangan dan vendor.



Ini adalah langkah berjaga-jaga selepas Kementerian Kesihatan (MOH) menutup pusat beli-belah Jem dan Westgate yang telah berhampirannya selama dua minggu. Ini selepas jangkitan dikenal pasti dalam kalangan pengunjung ke kededua pusat beli-belah itu.



Kakitangan yang melawati pusat beli-belah itu dari 10 Mei telah dinasihati supaya memantau kesihatan diri sendiri selama dua minggu dan mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.



 Kededua hospital itu telah mengadakan operasi pengujian swab pertama pada awal bulan ini, sebahagian pengujian pengawasan bagi menentang Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >