Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Jewel, pusat beli-belah di Orchard Road, antara tempat yang dikunjungi pesakit ketika mereka boleh jangkiti orang lain

Jul 07, 2020 | 12:48 AM

PUSAT beli-belah di Orchard Road, termasuk Lucky Plaza dan Plaza Singapura, serta Jewel di Lapangan Terbang Changi antara tempat yang dikunjungi pesakit Covid-19 ketika mereka masih boleh menjangkiti orang lain, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (6 Julai).

Lebih 20 lokasi dan jalur masa baru yang dikunjungi pesakit ditambah kepada senarai itu pada Isnin.


Kementerian itu menyediakan senarai lokasi dan masa yang dikunjungi oleh pesakit Covid-19 selama lebih 30 minit di laman webnya.


Mereka yang berada di tempat-tempat itu harus memantau kesihatan mereka dengan teliti selama dua minggu dari tarikh lawatan mereka.


Sebanyak 23 kes dalam masyarakat baru disahkan sehingga 12 tengah hari pada Isnin, terdiri daripada tiga warga Singapura, seorang pemegang pas kerja dan 19 pemegang permit kerja.


Secara keseluruhan, ada 183 kes baru pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan   44,983 kes.  


Sebanyak 18 daripada kes itu dikesan setelah pemeriksaan dan pemantauan proaktif MOH, dan tiga telah dikuarantin lebih awal.


Sejumlah 17 kes dalam masyarakat dikaitkan dengan kes atau kelompok terdahulu dan enam tidak berkait.


Tiga kes yang diimport turut disahkan pada Isnin, terdiri daripada dua warga Singapura yang pulang dari Yaman pada 24 Jun dan India pada 23 Jun.


Baki kes melibatkan seorang pemegang pas kerja yang pulang dari Filipina pada 24 Jun.


Kesemua mereka diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 14 hari apabila tiba di Singapura dan diuji ketika sedang menjalani notis itu.


Baki 157 kes melibatkan pekerja asing yang menginap di asrama.


MOH turut mengumumkan kelompok jangkitan baru di Micron Semiconductor Asia di 1 North Coast Drive.


Dengan 276 kes yang dibenarkan pulang pada Isnin, ini bermakna 40,717 pesakit telah sembuh daripada penyakit itu.  

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >