Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Latihan luar negara pegawai kadet SAF dibatal

May 11, 2020 | 08:58 PM



Latihan luar negara bagi askar yang menjalani latihan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah dibatalkan akibat penularan Covid-19.



Pegawai kadet, pada masa ini, juga perlu mengasingkan diri dengan platun masing-masing - sekitar 40 dan ke bawah askar dan pelatih - antara langkah jarak selamat yang kini dipatuhi semasa latihan.



Laluan yang digunakan oleh platun berbeza juga telah ditetapkan di Institut Ketenteraan Safti di Joo Koon.



Kadet juga diperintah makan di bilik yang dikongsi dua askar, dengan ruang dikongsi seperti ruang jamuan dan pantri ditutup.



Mereka juga perlu sentiasa menggunakan pelitup apabila tidak melakukan kegiatan lasak. Kegiatan yang dianggap kurang penting, sepertilatihan pertahanan diri dan kunjungan keluarga telah dianjak atau dibatalkan.



Buat masa ini, lebih 750 kadet sedang melalui kursus 38 minggu  untuk menjadi pegawai ketenteraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >