Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pasangan warga S'pura, isteri pegawai unit K-9 antara kes dalam masyarakat

Jan 17, 2021 | 07:26 AM



SEPASANG suami isteri warga Singapura dan isteri pembantu doktor haiwan  unit K-9 yang sebelum ini diuji positif adalah antara empat kes Covid-19  baru dalam masyarakat  yang dilaporkan  Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (16 Jan). Kesemuanya  terdapat 24 kes baru yang dilaporkan, satu daripada Asrama Pekerja Tuas South dan 19 kes diimport.



Salah satu kes masyarakat adalah seorang lelaki berusia 39 tahun yang bekerja di Persatuan Pengakap Singapura di Bishan Street 12, yang mengendalikan umumnya tugas pentadbiran di pejabat. Beliau  juga merupakan pemandu bas sambilan dengan Westpoint Transit, menggunakan laluan khusus untuk Cameron (Singapura) dan GlaxoSmithKline Tuas. Isterinya, juga  39 tahun, bekerja sebagai pegawai pentadbiran di OCBC Tampines Center One, tetapi tidak berinteraksi dengan pelanggan.



Seorang pesakit lain adalah  wanita berusia 28 tahun, yang merupakan pasangan kepada lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pembantu doktor haiwan di Pasukan Polis Singapura itu.

Beliau  telah dianggap  sebagai kenalan rapatnya sebelum itu  dan diarahkan menjalani kuarantin pada 13 Januari.



Beliau  bekerja sebagai pegawai penjara di Perkhidmatan Penjara Singapura tetapi tidak berinteraksi dengan banduan penjara. Wanita itu umumnya  bekerja dari rumah dalam tempoh itu, ujar MOH.



Kes masyarakat terakhir adalah seorang lelaki warga China  berusia 33 tahun yang merupakan pemegang permit kerja. Beliau  bekerja sebagai pekerja pemprosesan makanan di Golden Bridge Foods Manufacturing. Beliau telah diuji tetapi keputusan ujiannya kembali negatif pada 8 Januari. Beliau  kembali bekerja pada 13 Jan, tetapi demam pada hari berikutnya dan kemudian diuji positif.



Terdapat juga 19 kes yang diimport, dari negara seperti India, Amiriah Arab Bersatu, Perancis, Jepun, Sepanyol dan Myanmar.

Pada Sabtu, jumlah kes di sini mencapai  59,083.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >