Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pekerja Lapangan Terbang Changi kes baru tunggal dalam masyarakat

Feb 07, 2021 | 10:36 PM



SATU-SATUNYA kes Covid-19 baru dalam masyarakat yang disahkan pada Ahad (7 Feb) merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun yang bekerja di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi, kata Kementerian Kesihatan (MOH). 



Beliau yang digajikan syarikat BGC Group dan dikerahkan bertugas di lapangan terbang antara 24 kes koronavirus baru yang disahkan sehingga tengah hari Ahad. 



Menurut MOH, tugasan beliau termasuk memberi alat pemantauan elektronik kepada individu yang akan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di luar kemudahan yang dikhususkan serta membantu mereka memakai alat tersebut.



Semasa bertugas, beliau memakai pelitup, pelindung muka dan sarung tangan, tambah MOH dalam kenyataan pada Ahad malam. 



Lelaki berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom dan dikesan apabila diuji pada 4 Februari sebagai sebahagian daripada ujian rutin dijadualkan. 



Keputusan ujian diterima pada hari seterusnya positif sebelum beliau dibawa oleh ambulans ke Pusat Penyakit Berjangkit Nasional. 



Namun ujian sebelumnya, yang terakhir pada 22 Januari, negatif sama seperti ujian serologi, menandakan ia kemungkinan jangkitan baru. 



Kata MOH, siasatan epidemologi sedang berjalan manakala kontak rapat beliau termasuk anggota keluarga dan rakan kerja, sudah diasingkan dan dikuarantin. 



Sementara itu, baki 23 kes merupakan kes import dan sudah dikenakan SHN setiba di Singapura. Tiada kes baru di dormitori pekerja. 





 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >