Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Pekerja Times Bookstore, pelajar SP, pekerja Seagate antara 6 kes masyarakat tiada kaitan dengan kes terdahulu

May 20, 2021 | 11:26 PM



ENAM kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan 27 kes masyarakat yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (20 Mei) didapati tiada kaitan dengan kes sebelum ini.



Mereka terdiri daripada:



1. Wanita Singapura berusia 59 tahun yang bertugas di Mary Fashion and Trading (338 Ang Mo Kio Avenue 1). Beliau telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 pada 21 Mac disusuli dengan suntikan kedua pada 11 April.



2. Wanita Penduduk Tetap Singapura berusia 49 tahun yang merupakan suri rumah.



3. Lelaki Singapura berusia 41 tahun yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan di Times Bookstore. Beliau tidak ke pejabat sejak 30 April.



4. Wanita warga Malaysia berusia 54 tahun yang bertugas di Seagate Singapore International Headquarters Pte Ltd. Beliau menerima suntikan vaksin pertama pada 16 April disusuli dengan suntikan kedua pada 9 Mei.



5. Remaja perempuan warga Malaysia berusia 19 tahun. Beliau menuntut di Politeknik Singapura (SP) dan kali terakhir ke sekolah pada 15 Mei.



6. Lelaki Singapura berusia 69 tahun yang bertugas sebagai pekerja pembersihan di syarikat Weishen Industrial Services Pte Ltd. Beliau menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 pada 16 Mac disusuli suntikan kedua pada 6 April. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >