Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 persiap pelajar hadapi keadaan tidak menentu: Lawrence

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah menggariskan kepentingan mempersiap para pelajar bagi masa depan yang tidak menentu, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong.



"Pendidikan bukan sahaja untuk melengkapi mereka dengan pengetahuan akademik supaya lulus peperiksaan.



"Malah sebaliknya ia adalah mengenai memupuk keupayaan dan nilai dalam warga muda bagi membimbing mereka dalam melayari kehidupan dan membolehkan mereka menjadi pelajar sepanjang hayat secara berdikari," ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Tamat Pengajian Guru-Guru Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang (NIE/NTU) yang diadakan dalam talian bagi kohort 2020, semalam.



Dianjurkan setiap tahun oleh NIE, majlis tersebut menandakan kemasukan rasmi lulusan program latihan guru-guru NIE kepada kerjaya sebagai tenaga pengajar.



Majlis itu bertujuan meraikan 951 guru baru dan lama yang ingin berkhidmat semula dalam bidang pendidikan Singapura.



Menurut Encik Wong, banyak sekolah telah membantu pelajar agar memahami pengajaran di sebalik pandemik kini.



Ia turut menggalak mereka untuk menghubungi dan menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan.



Di Sekolah Menengah Bukit View contohnya, para pelajar berusaha membangkitkan semangat para pekerja asing yang telah dipindahkan ke kawasan perumahan mereka.



Ini dilakukan menerusi siri persembahan alam maya yang kreatif kerana mereka percaya seni adalah cara untuk menghubungkan sempadan bahasa.



Selain itu, di kebanyakan sekolah, para pelajar menulis nota penghargaan kepada para pekerja barisan hadapan,



Mereka turut menderma pek kebajikan untuk golongan yang memerlukan sebagai menunjukkan sokongan mereka.



Encik Wong juga berkata menerusi Pendidikan Karakter dan Kerakyatan (CCE), ia menawarkan pengetahuan yang boleh mereka perolehi dengan pelajar berinteraksi dengan isu kontemporari.



Subjek itu juga akan disepadukan dalam aktiviti sekolah agar pelajar dapat melihat bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam pelbagai konteks.



"Tanamkan dalam diri para pelajar nilai dan keupayaan yang akan mempersiap mereka melayari masa depan yang tidak menentu," katanya lagi.



Beliau turut memberi nasihat kepada bakal guru yang hadir dalam majlis tersebut.



"Jangan pernah tersasar pandangan mengenai nilai utama anda sebagai pendidik dan sebab mengapa anda memutuskan untuk menyahut panggilan ini dengan menjadi seorang guru," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >