Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: PR berusia 32 tahun antara 14 kes import baru S'pura

Feb 19, 2021 | 11:48 PM



KES Covid-19 yang disahkan pada Jumaat (19 Feb) termasuk seorang penduduk tetap (PR) Singapura berusia 32 tahun yang pulang dari Indonesia.


Lagi tiga melibatkan pemegang pas tanggungan yang datang dari India dan Indonesia dan empat melibatkan pemegang pas kerja yang datang dari India, Nepal dan UAE, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada lewat Jumaat (19 Feb) malam.


Tiga lagi melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan Malaysia, dan baki tiga melibatkan pemegang pas istimewa yang merupakan anak kapal yang tiba dari Malaysia dan UAE. Mereka tidak turun ke darat dan diuji di atas kapal.


Secara keseluruhan, 14 kes Covid-19 disahkan pada Jumaat, dengan kesemuanya merupakan kes yang diimport.


Salah satu daripadanya melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari India pada 30 Disember lalu dan menjalani SHN hingga 3 Januari.


Memandangkan beliau kontak rapat kes terdahulu, lelaki berusia 48 tahun itu dikenakan kuarantin dari 3 hingga 13 Januari.


Ujian yang dilakukan pada 4 dan 10 Januari menunjukkan keputusan negatif.


Beliau tidak menunjukkan simptom dan dikesan apabila mengambil ujian sebelum keberangkatan pada 17 Februari sebagai persiapan bagi perjalanannya ke India.


Satu lagi sampel pada 18 Februari menunjukkan keputusan negatif Covid-19 dan ujian serologinya juga positif.


"Memandangkan ini menunjukkan jangkitan lalu, kami telah mengklasifikasikan kes ini sebagai diimport. Beliau mungkin sedang meluputkan cebisan virus RNA yang tidak lagi menjangkiti atau mudah berjangkit kepada orang lain," kata MOH.


Sementara itu, lagi 18 kes Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.


Secara keseluruhan, 59,697 kes telah sembuh sejauh ini.


Lagi 20 kes masih dirawat di hospital, dengan satu dalam keadaan kritikal.


Seramai 100 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Sejauh ini, 29 pesakit telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >