Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Rumah penjagaan perketat langkah lindungi penghuni

May 05, 2021 | 06:18 PM



RUMAH penjagaan warga emas telah mengetatkan pertahanan mereka terhadap Covid-19.


Ini berikutan peningkatan bilangan kes masyarakat, termasuk yang melibatkan seorang penghuni yang disahkan positif selepas dibenarkan keluar dari Hospital Tan Tock Seng (TTSH) di mana sebuah kelompok telah dikesan.


Menurut laporan Jumaat lalu (30 April) penghuni tersebut, seorang wanita warga Singapura berusia 77 tahun, dimasukkan ke Wad 9D di TTSH pada 22 April.


Beliau disahkan positif pada 29 April, sehari selepas beliau dibenarkan pulang dan dimasukkan ke Rumah Penjagaan United Medicare Centre (Toa Payoh).


Ditanya mengenai kes tersebut, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), yang telah menyokong rumah penjagaan semasa pandemik itu, memberitahu The Straits Times pada Selasa (4 Mei) bahawa ia telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menasihati rumah penjagaan tentang langkah-langkah untuk melindungi kakitangan dan penghuni mereka.


Ia menambah bahawa rumah penjagaan telah melaksnakan langkah-langkah penecegahan sejajar dengan nasihat itu.


AIC berkata rumah penjagaan yang buat masa ini tidak mempunyai kes Covid-19 yang disyaki atau disahkan, mempunyai had bilangan pengunjung yang boleh mereka terima setiap hari.


Setiap penghuni boleh mendaftarkan nama empat pelawat tetapi hanya dua boleh mengunjungi mereka pada satu-satu masa. Waktu lawatan dihadkan ke satu jam.


Selain itu, rumah penjagaan dengan lebih 100 katil telah melaksanakan zon berasingan sambil memastikan kakitangan dan penduduk dari zon berbeza tidak bercampur.


Langkah pengurusan selamat yang lain seperti penggunaan peralatan pelindung peribadi (PPE), jarak selamat dan TraceTogether-SafeEntry juga dilaksanakan.


AIC berkata ia juga bekerjasama dengan rumah penjagaan untuk menguruskan sebarang kes Covid-19 yang disyaki atau disahkan, dan akan membantu menubuhkan pasukan yang terdiri daripada pakar kesihatan awam dari MOH serta sumber perubatan dan kejururawatan sekiranya diperlukan.


Sebagai tambahan kepada garis panduan AIC, beberapa rumah penjagaan juga telah mengambil langkah tambahan untuk tidak menerima pelawat yang telah ke TTSH baru-baru ini.


Pengarah eksekutif Peacehaven Nursing Home, Cik Low Mui Lang, berkata sesiapa yang baru-baru ini menerima pesanan teks mengenai pemantauan kesihatan mereka kerana mereka pernah ke TTSH atau tempat lain yang dikunjungi oleh individu yang dijangkiti dilarang memasuki rumah penjagaan itu.


Sebaliknya, mereka digalakkan untuk terus berhubungan dengan orang yang mereka sayangi melalui panggilan video.


Sementara itu, rumah kebajikan, yang diselia oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), juga diberitahu untuk tidak menerima pelawat yang telah ke wad pesakit di TTSH, atau merupakan pesakit  di TTSH tanpa mengambil kira wad mereka dalam 14 hari terakhir.


Jurucakap MSF menambah bahawa lebih 80 peratus penghuni dan kakitangan di 11 rumah kebajikan di Singapura telah divaksin hingga hujung bulan lalu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >