Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: SAF, Home Team lanjutkan langkah gantung latihan asas

Apr 22, 2020 | 11:09 PM

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team telah melanjutkan langkah untuk menggantung latihan asas mereka hingga 1 Jun, selaras dengan langkah pemutus litar pemerintah bagi mengekang wabak Covid-19.


Secara keseluruhannya, sekitar 8,550 pelatih terjejas dengan langkah tersebut semasa tempoh pemutus litar itu, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan berasingan mereka pada Rabu (22 April).


Kededua kementerian berkata tempoh penggantungan itu akan dikira dalam tempoh perkhidmatan negara sepenuh masa pelatih, manakala latihan akan disesuaikan untuk memastikan tarikh tamat tempoh perkhidmatan (ORD) tidak akan terjejas.


Pelatih juga akan terus diberi elaun NS dan faedah perubatan semasa penggantungan tersebut, kata kededua kementerian.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >